Followers

Sunday, April 10, 2011

Menuju Ke Alam Batin

Salam Hari Ahad............semalam ketika sedang duduk duduk dirumah tiba tiba kedengaran panggilan talipon dari jiran berdekatan rumah. Mereka suruh datang tenguk tenguk kerana anak lelaki sulungnya sakit, meracau racau dan demam. Sampai dirumahnya kelihatan budak lelaki itu baring diatas tikar nipis tanpa baju.Tanya kepada ayahnya, sudah diberi ubat atau belum, katanya sudah. Memang susah nak cakap, budak ini pergi ke kawasan kubur tempuh hari kerana neneknya meninggal dunia tetapi itu bukanlah alasan untuk demam walaupun dalam kefahaman orang melayu budak ini mungkin kena sampuk. Apa yang aku nampak di dalam rumah itu ada buah durian. Aku suruh mereka tampalkan koyok jepun kepada anaknya, si ayah beritahu aku bahawa anaknya astma dan tidak boleh cium bau-bauan. Aku tenguk budak itu resah sahaja dan hanya boleh aku bantu bacakan ayah ayat suci dan berharap semoga dia sembuh. Selepas itu aku memegang kepalanya sehingga kelihatan peluh mula merecik recik dilehernya. Pada pendapat aku yang bodoh ini, budak budak yang makan ubat akan resah apabila peluhnya mula mula mahu keluar. Aku nasihat ayah budak itu beli sahaja air botol 100 plus dan bagi minum.

Pagi tadi aku dengar khabar bahawa selepas aku pulang malam tadi, budak tu merapu balik dan pagi ini budak itu dimandikan limau kerana emak bapaknya berjumpa seseorang untuk berubat.

Kesimpulannya disini. 
  • Kita orang bodoh jangan nak memandai- mandai kalau orang tak percaya kepada kepakaran kita.
  • Kita perlu tunjukkan sesuatu yang hebat dan pelik supaya orang percaya kita ini pandai
  • Kita jangan pergi ke rumah pesakit kalau warisnya tidak datang menjemput
  • Kita kenakan bayaran supaya nampak perubatan kita
  • Kita jangan ada rasa kasihan kepada pesakit dan keluarga pesakit kerana manusia sekarang tidak percaya kepada orang yang bermurah hati.

Jikalah budak itu aku mandikan limau pada malam tadi, dia akan kesejukan , lemah dan boleh menambahkan astmanya. Jika aku meminta wang pengeras dan memberi syarat berubat sehingga baik dan tidak boleh berpindah kepada pengamal perubatan yang lain, bagaimana agaknya.....................Kehidupan ini agak aneh  kerana manusia lebih percaya kepada kebodohan..................





3 comments:

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

alahai..nak di tolong pun susah kan..
niat kite baik tapi mereka x mengerti..

Panglima Muda said...

saya terkilan apabila orang tak sabar. Nak nasihat dia orang, nampak dia orang macam pandai. Lagi satu kita tak boleh memandai mandai pasal anak orang. Saya belajar dari kesilapan.... lain kali mungkin saya suruh dia rujuk kepada orang lain dulu. Lebih baik pergi hospital sahaja

adina said...

mungkin itu adalah jln yg terbaik