Followers

Thursday, April 7, 2011

OH Kuala Lumpur

Hari Isnin itu Vitry sampai ke Kuala Lumpur, tidak diketahui apa tujuan sebenar, katanya untuk berjumpa ibu dan ayah angkat disana. Dengar kabarnya Vitry akan tinggal di rumah kawan di Kuala Lumpur tetapi lain pula jadinya bila Vitry dan kawan kawannya menginap di hotel. Tentu sekali bukan sahaja tambang bas pergi balik dari Penang tetapi juga kena menyediakan duit penginapan di hotel selama 4 hari. 

Dihari pertama sampai ke KL, ayahnya bercuti manakala ibunya bekerja jadi peluang untuk Vitry berjalan jalan sangatlah terhad. Macam biasa dapat jalan jalan di Rawang dan dapatlah tenguk KLCC dari jauh dan juga melawat sekejap di Bukit Bintang

Hari ke dua , Vitry dapat ikut ayahnya ke LHDN, tenguk tenguk pejabat kerajaan, manakala ibunya pula tidak sihat, terkena penyakit astma. Sepanjang perjalanan ibunya diam sahaja.
 
Hari ke tiga, ayahnya namapak sibuk tapi Vitry dapatlah jalan jalan dengan ibu ke komplek komplek berdekatan. Vitry ada bagi tahu bahawa kekawannya semua sudah balik dan tinggal dia seorang di dalam hotel. Heran dan pelik dan paling tak guna punya kekawan, datang KL sama sama lepas tu berpecah kesana sini. Ada yang pergi rumah saudara, ada yang pergi bercumbu dengan teman lelaki dan akhirnya pulang sendiri sendiri ke Penang. Satu peringatan untuk Vitry kalau mencari kawan biarlah "SENONOH" sedikit kerana apabila kita merantau ditempat orang , tidak semistinya kawan yang datang bersama sama dari kampung adalah kawan baik.
Hari ini Vitry dah balik Penang membawa banyak kenangan.....sayang sekali tak dapat masuk KLCC... lain kali ajalah ..............

gambar gelap




5 comments:

ladyzamea said...
This comment has been removed by the author.
Panglima Muda said...

tak marah...anak angkat saya dari Medan, sekarang kerja di pulau pinang

adina said...

lainkali check dulu jgn pakai bantai aje,nasib baiklah pakdin tak marah,kalo tak susah jugakkan.pakdin gelap gambar pun takpa,begitulah kalo guna hp camera tak semuanya sempurna

Zabs said...

Salam kenal PM,

Satu pesanan yang baik agar boleh dijadikan pedoman di masa depan.

adina said...

saya setuju