Followers

Wednesday, April 20, 2011

Ular Sawa Jadi Pengantin

Salam .........adalah satu cerita pembohong pernah aku dengar iaitu kisah seorang perempuan miskin telah bertemu seekor ular sawa dihutan. Nasibnya agak baik kerana ular sawa tu adalah jelmaan putera raja, siang jadi ular , malam jadi putera raja. Akhirnya kawinlah perempuan miskin itu dengan putera raja berkenaan.

Ditempat yang sama adalah juga seorang perempuan jahat. Dia sangat dengki dan khianat. Mendengar kisah kebahagiaan orang miskin itu, ibunya telah mencari ular sawa dihutan untuk dijadikan suaminya. Pada malam itu tidurlah perempuan jahat itu dengan ular sawa tersebut. Pada malam itu, si ular sawa pun menelan kaki perempuan jahat itu sampai ke pinggang. Perempuan jahat itu bertanya kepada ibunya kenapa ular sawa itu menelan kakinya. Si ibu menjawab" orang baru kawin memang macam itu " Akhirnya sedikit demi sedikit tubuh perempuan jahat itu ditelan sehingga matilah dia didalam perut ular sawa............



Kesimpulannya kalau nak cari "laki" carilah ular sawa........................


5 comments:

Adiwieyah said...

Salam ziarah..takutnye nengok ular sawa yg senyum tu...Panglima Muda jom joint segmen mari berkenalan...jgn marah ya tag ni...

Panglima Muda said...

salam......... saya tak kisah..penulisan adalah darah daging saya

gadisBunga said...

citer melayu purba pun ade kan kisah manusia kawin dgn ular jadian. tapi tu ular tedung kan?

Panglima Muda said...

ni .. arwah nenek yang cerita... waktu tu umur saya 7-8 tahun... Mungkin nak hibur cucu kut. Tapi cerita orang tua selalunya mahu menjadikan pengajaran walaupun cerita itu adalah karut. Dizaman ini orang buat lakunan sebenar tanpa segan silu .

[p@kcikLie] : [ mamaDiana] said...

dengki yg memakan diri...walaupon cerita bohong tp ada pengajaran sebenarnya...