Followers

Monday, October 3, 2011

Panggilan Baitullah

Salam..........sabtu ini abang kandungku menjemput kami sekeluarga ke Ampang Tasik kerana beliau mengadakan kenduri doa selamat dan arwah. Beliau bakal bertolak ke tanah suci pada 10hb Oktober ini bagi menunaikan fardu haji. Inilah kehidupan, pejam celik, pejam celik, kita sudah semakin tua. Rasa tak cukup syarat jika tidak pergi menunaikan haji. Samaada duit cukup atau tidak pastilah akan dicukupkan bagi tujuan itu, mana mana yang mampu tentulah kecewa.

Emak bapak aku dulu pun bagai tak percaya dapat pergi haji. Ialah orang kampung yang tidak ada kerja, manalah ada duit. Tiba tiba orang kerajaan datang hendak mendapatkan tanah bagi laluan paip. Jadi dapatlah mereka duit bagi mengerjakan haji. Nasib kita yang akan datang hanya allah yang tahu. Kalau harap duit yang dikumpul, entah ada entahkan tidak.... sesak memanjang....Kita tunggu dan lihat....lihatlah orang yang mampu tapi tidak mahu menunaikan haji..............


4 comments:

PCL said...

mcm tu lah kebanyakannya, yang ada duit banyak tak ingat ke sana plak...yg tak brp ada ni lah yg beria2 sangat...apa2 pon kena bersedia dari segi kedua2nya..duit dan pemahaman, bila sampai seru teruskanlah niatnya....semoga dipermudahkan jalan bg kita ke Baitullah.

hani@debumelukut said...

selamat menunaikan haji buat semua tetamu Allah, semoga pulang dgn mendapat haji yg mabrur..

Panglima Muda said...

mudah mudahan

Solihin Zubir said...

Wlaupun fakir miskin, jika Allah dh jemput hamba-Nya bertandang ke rumahnya, tiada siapa dapat menghalang.

Malang bagi orang yang mampu, tapi tidak mahu bertandang ke rumah Allah..