Followers

Friday, February 24, 2012

Janganlah Berlagak Sombong

Salam,
Menjadi terkenal akan menyebabkan kita lebih sibuk dan angkoh, kita akan terus melupakan kawan kawan yang sama berjuang, sama sama naik bertungkus lumus untuk mencapai cita cita. Sekali sekala apasalahnya kita berpaling semula kebelakang melihat sahabat handai yang tertinggal jauh, menghadapi kesukaran berkayuh sendirian. Palinglah sekejap melihat blogger blogger yang menjadi follower anda walaupun mereka ada penulis yang tidak bermaya, layu dan lesu..............tidak bermodal dalam n3 dan hidup dengan cerita bodoh...........

Sekali sekala apasalahnya memberi salam atau menekan butang "like" di dalam fb , walaupun kita ini teramat sibuk dengan orang penting, tetamu tetamu diraja.....Sekali sekala apasalahnya mengingati peristiwa penting yang mengatakan " aku dijadikan dari api, manakala adam dijadikan dari tanah" Itulah sekali sekala menghargai sesuatu yang tidak bermakna tetapi begitu bererti bagi orang lain. Mudah mudahan Allah memberi berkat rahmat kepada anda dan mudah mudahan Allah mengampuni dosa kita semua . Amin.........

6 comments:

maszull said...

assalamulaikum PM...berlagak sombong sesama manusia ini sebenarnya tidak elok dan seboleh-bolehnya jauhilah sifat sombong ini...:)

Kakzakie said...

Walau tinggi mana kita duduk, besar mana darjat pengakhiran tetap dibalut kain putih dan duduk di rumah yg sama saiz sementara menunggu hari perhitungan kelak... Allah takut kakak bila fikirkan ini... mulalah rasa malas nak berblog...

gadisBunga said...

kalau ada antara sikap saya yang mengarah ke arah kesombongan, harap tegurlah saya..

azieazah said...

Semua orang sibuk macam tak cukup 24 jam sehari tu. Tapi ya, sekali sekala apalah salahnya luangkan masa...

Mieza said...

Assalamualaikum PM,

Alhamdullilah, mahu melihat diri sendiri dengan mata hati, menulis kerana Allah taala. Semuga kita semua diberkatiNya.

Panglima Muda said...

alhamdulillah, saya selalu melihat diri saya dan cuba mengenali keburukan saya