Followers

Tuesday, May 13, 2014

Cerita Cerita Di Madinah

Salam,

Sebenarnya ingat ingat lupa tapi sukalah nak cerita sedikit,......

Pagi jam 7.00 pagi ketika sampai ke kota Madinah itu, pm melihat dunia baru. Penyambut tetamunya bercakap loghat indonesia memberi taklimat. Pm tidak mengambil kisah kerana memikirkan kami semua belum solat subuh lagi dengan sebab kekeliruan pemandu bangsa arab. Hanyalah sempat mengambil gambar notis arahan dan kemudian naik ke bilik. Liftnya teramat kecil dan kami terpaksa naik berperingkat peringkat. Ada tegahan supaya kami jangan mandi oleh ustaz tapi oleh kerana kami orang melayu maka tetaplah juga kami mandi walaupun suhu Madinah waktu itu memang sejuk.

Pagi itu, seronok melihat gelagat orang Madinah. Sungguh ramai yang pulang dari masjid dan ketika itu pasar pasar lambak mula dibuka. Lelaki arab yang berniaga di kaki lima menyambut kami dengan senyuman " Malaysia bagus" katanya. Mudah benar mereka mengenali orang Malaysia walaupun kami memakai jubah. Sebenarnya orang Malaysia kerap memakai kopiah yang bertanda..


Jual beli sangatlah mudah, masih boleh tawar menawar dengan berbahasa melayu, cuma sedikit beza untuk halal dengan haram. Si Arab ni kalau dah kata "haram" tu, payahlah sikit. Puas abang ipar pm menawar meminta harga rendah dalam pembelian yang banyak. Arab ni menjual, baju besar dan kecil pun dalam harga yang sama.

Pm mencari tasbih yang diminati dalam lambakan tasbih di tepi jalan, malangnya satupun tak jumpa. Serupa sahaja seperti di Masjid India dan Mydin dan rasa tak berpada membelinya untuk dibawa pulang. Tapi pada suatu hari hati pm menjadi cair juga dengan sebab memikirkan buah tangan untuk dibawa pulang.

Pada suatu malam selepas isyak pm sendiri merayau rayau di sekitar hotel mencari tasbih kayu koka. Akhirnya dapat juga di dalam sebuah kedai di sana walaupun abang pm menganggap perkara ini mengarut. Bezanya kayunya agak berat sedikit dan cantik. Kemudian pm mencari cincin pula di kedai yang sama di bazar itu


Group kami dari utas seramai 31 orang sahaja benar benar tidak memenuhi bas yang disediakan. Jikalau kami boleh membawa unta pulang sudah tentu untapun dapat duduk sama di dalam bas tersebut. Sekarang anda tidak perlu ke ladang unta kerana sudah ada penyakit berbahaya.

sewaktu di ladang unta

31 orang yang dahulunya saling tidak mengenal kini telah menjadi sebuah keluarga yang begitu rapat di sana. Apa sahaja hal berselisihan pendapat dapat dirujuk dan dibincang bersama. Duduk di negara orang menyebabkan kita lebih banyak bersatu kerana tekak kita sama sahaja mencari makanan yang biasa di makan. Kita tidak akan makan daging kebab setiap hari tetapi tetap mencari nasi walaupun terpaksa makan masakan indonesia....


Ada juga saudara mara jauh yang tidak dikenali tiba tiba jadi " jadi bau bau bacang " pula. Sungguh pun bumi Allah ini luas, namun jodoh pertemuan adalah di tangannya, padahal di air port masih tidak bertegur sapa.

gambar abang ipar pm bersama saudara kami yang baru di kenali dimasjid Quba'

Banyak gambar kenangan di Madinah yang pm ambil kerana pm fikir bukanlah mudah untuk pergi ke sana kalau kita tidak mempunyai keupayaan.

diluar masjid nabawi

laluan berhimpit himpit berdekatan makam rasul

Kalau ada rezeki, tentu ramai diantara kita berkeinginan ingin ke sana semula. Sepertinya di sana ada gula, sentiasa manis di dalam ingatan. Tambah manis jika kumpulan tersebut terdiri dari ahli keluarga kita sendiri dan menjadikan tempat itu sebagi perhentian terakhir.......................wallahhualam.......



2 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Bestnya. Bilalah dapat pergi sini. Teringin nak tengok keadaan kota makkah macam mana, cuaca kat sana macam mana.

zino said...

seronok bila berada di sana...