Pagi nan indah sungguh menyelerakan. Kebiasaannya kita mencari teh tarik serta kueh mueh dan nasi lemak
di warung warung di tepi jalan. Keharuman nescafe dan rokok gudang garam adalah acara biasa warung kecil dimana mana. Tapi aku bukanlah perokok cuma suka suka bersembang sembang pagi.
Berniaga kecil ini tidak menguntungkan dan bukannya berniaga barang kemas. Dapat sikit untung buat belanja anak sekolah dan lebih lebihnya beli ikan di pasar. Siapa kata tak penat, nak pikul tong gas, nak bancuh tepung, siat kulit pisang dan macam macam lagi. Namun disebalik kesussahan itu ada orang mengambiul kesempatan, ada duit gaji pun tak pernah syukur sebalik sembelih "perniaga kecil ini". Alasannya tak ada lesen.
Didalam bandar ini, nak berniagaa kueh pun kena lesen, belum cakap lesen halal lagi. Makcik tu nak "cekau" lesen kat mana. Biasalah kena buat permohonan dulu, kena ikut peraturan. Tapi bangsa asingyang berniaga itu mana pula lesennya. Selamba sahaja,tak kena apa apa pun. Makcik berniaga hari hari kena sembelih, RM 50 sebelah pagi, RM 20 sebelah petang, yang tak pakai uniform datang, yang pakai uniform pun datang, yang kerja petang datang sebelah pagi pulak nak sembelih.
Di dalam dunia ini memang sedap kita kenakan orang, tunggulah...tunggulah dekat mana nak minta halal. Dosa dengan tuhan boleh minta ampun, dosa sesama manusia... kena cari dia walaupun dalam neraka........ Kata nak angkut dengan lori , nak saman , ugut.. boleh ke senang hidup.
2 comments:
aku nasihat kat makcik tu suruh buat report, dia buat report polis untuk cover dia tapi dia tak pulak majukan report tu kat jabatan berkenaan atau rujuk mana mana pihak untuk bantu...susah betul orang melayu ni.. bila dah lapang sikit, lupa diri pulak.
COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram.
Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.
Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.
Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.
Harga belian semula yang hebat.
Terima kasih.
Post a Comment