Wednesday, April 27, 2011

Kisah 1000 satu malam

Salam............Ada beberapa kisah tahun 70an..............PERCAYALAHHHHHHHHHHH
  1. Zulaika bukan nama sebenar, pendidikan sekolah arab, berkulit cerah, cantik orangnya telah jatuh cinta dengan seorang guru sandaran waktu itu. Cikgu itu adalah anak ustaz hensem cuma kulitnya agak gelap. Percintaan ini mendapat tentangan dari keluarga hanya semata mata kerana cikgu lelaki ini hitam kulitnya. Seperti kata penghinaan " kulit muka anak engkau tidak sama dengan tapak kaki anak aku" Begitulah orang melayu pandai menghina sampai ke tulang hitam. Maka si emak melarikan Zulaika ke Pulau Pinang setelah menolak pinangan keluarga lelaki tersebut. Oleh kerana terasa terhina keluarga lelaki telah berjumpa dengan Pak Ali seorang bomoh kampung untuk mendapatkan juga Zulaika sebgai isteri cikgu berkenaan. Akhirnya kerana oleh kerana tidak tahan panas di Pulau Pinang, emak Zulaika balik ke kampung dan tersu menerima lamaran cikgu tersebut.  Hari ini rumah tangga kekal sampailah ke anak cucu..........dah jadi nenek dah..................
  2. Seorang budak perempuan kampung juga bersekolah ugama bertunang dengan seorang lelaki di sekolah yang sama. Waktu itu mereka di peringkat sekolah menengah. Dengan takdir tuhan pada suatu hari ketika sedang masak dengan tiba tiba minyak panas tumpah ke badannya menyebabkan kecederaan tubuh bahagian dalam. Selepas perisiwa itu pihak lelaki telah memutuskan pertunangan mereka berdua. Lelaki itu berkahwin dengan perempuan lain..................
  3. Kisah ini berlaku pada tahun yang sama ketikanya penduduk Malaysia masih belum mempunyai hanphone  dan kalau ada pun talipon public yang mempunyai gangggang hitam. Jadi dalam soal percintaan terpaksalah menulis surat menyurat.........." kehadapan adindaku yang kucintai'...................Tiap tiap surat yang dihantar mistilah memerlukan posmen. Maka terjadilah kepada dua orang couple melayu ni......... Tiap tiap hari berutus surat cinta melayu posmen tak bergaji seorang lelaki salah seorang dari kawan mereka. Lokasi penyampaian surat adalah dibawah rumah si perempuan di waktu malam. Oleh kerana kekerapan menyampaikan surat, maka baunya terhidulah oleh orang orang kampung. Akhirnya pada satu malam si posmen pun tertangkaplah bersama gadis itu di bawah rumah dan menyebabkan mereka kahwin tangkap basah. Untunglah posmen itu kerana dapat kawin girlfriend kawannya itu...........
  4. Pada satu malam ketika aku sedang mengaji Quran di rumah tok empat, aku terdengar bunyi bising bising di luar rumah. Kelihatan beberapa orang pemuda tidak berbaju diluar rumah. Rupa rupanya mereka baru sahaja menangkap sepasang kekasih yang berdating di bus stand. Pada zaman dahulu duduk duduk kat bus stand pun salah. Dengar kabarnya pada malam itu juga mereka bernikah. Setelah penikahan , lelaki itu dibawa pulang ke kem kerana beliau adalah seorang askar dan di tahan di guard room selama seminggu........ Nasib dialah.....................
 gambar hiasan

2 comments:

PCL said...

public phone dan duit syiling cukup berharga masa percintaan zaman aku dulu...hahaha..nostalgianya.

Panglima, masih aku terasa dgn komen anda .."mereka tidak berminat dengan kita sebab kita lelaki atau sudah terlalu tua......".

perjalanan pulang said...

betul..........kalau pempuan tu banyaklah peminatnya. Zaman ini bukan orang suka kepada kualiti cerita tapi suka kepada daging mentah untuk tatapan mata. Orang tua macam biasalah... udang sama udang manakan sama.............
bujang sama bujang, orang tua yang..............

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...