Thursday, June 2, 2011

Mengintai Kain Jiran

Salam ........... aku nak ke Pulau Pinang esok. Dengar kabarnya orang macam aku yang selekeh ini tidak dipandang orang. Orang yang dipandang adalah orang yang ada duit macam orang singapore... Waw ... betul ke ?. Sama samalah kita lihat nanti.........
Semalam sewaktu aku baru sahaja sampai kerumah aku diberitahu oleh anak lelaki aku bahawa dia dituduh curi besi longkang di depan rumah jiran. Berdesing jugak aku dibuatnya. Kerja main main tuduh ni kerja syaitan dan dalam bahasa makhkamah 'tolong buktikan. Rupa rupanya adalah jiran aku sangat perihatin dengan keluarga aku dan suka menintai ngintai kelakuan anak aku itu. Bagus juga jika ada orang mengambil berat terhadap keluarga kita tapi susahlah nak cakap......... Sebab tu lah dari kecik kecik lagi emak aku latih aku supaya jangan baik sangat dengan orang. Lebih lebih kurang ajalah dan sampai longgok longgok dari pintu ke pintu. Sekarang apa macam .......... Nak marah tak boleh... jiran pulak tu... Cuma aku pesan kat anak aku... kau orang duduk rumah ajalah...pergi sekolah dan balik sekolah............. duduk rumah pun orang kata... 

Dulu adalah orang kampung penagih dadah mengata aku depan depan " lebih baik kau bercampur babi daripada hidup tak bercampur orang"  Tu dia nasihat yang sangat berguna......... Sampai hari nilah jadi babi dan dia pun dah mati kerana terlalu banyak hisap dadah....... Sekarang nasib anak aku pulak....... Kat sana banyak budak budak curi besi sebab nak menampung kehidupan dan ada pula mendapat sokongan dari emak bapak sebab bapaknya juga menjual besi terpakai. Jadi yang jadi mangsanya juga adalah anak anak orang yang tidak ada kena mengena.....

Esok aku ke penang dan mungkin nak cari bahan umpatan....Siapa blogger di Balik Pulau... aku nak ke sana ni


2 comments:

Murni Alfathunnisa said...

As-salam..adat berjiran macam tu lah...kalau dapat yang baik dan tak sibuk jaga tepi kain orang..alhamdulillah...kalau tidak..jenuh menjeruk rasa la jugak...

perjalanan pulang said...

penat kak oiii

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...