Salam........... Di dalam rumah yang serba lengkap dengan kelengkapan isi keluarga juga berisi dengan putaran hidup penuh kerimasan. Saban hari sang suami merungut rungut dengan hanya masalah kecil kecilan manakala sang isteri membebel tak tentu hala. Ada sahaja yang tak kena, bahkan anak anak tidak tahu apa kehendak ibu bapa. Rumah itu terasa panas walaupun kipas berpusing ligat. Solat tetap ada, quran tetap dibaca tetapi masih ada hantu melompat lompat membikin onar. Carilah bomoh...orang kata syirik.... carilah ustaz pulak tapi doa ustaz pulak lambat menjadi. Sementara ustaz sibuk berdoa, hantu sudah melompat lompat disana sini. Lebih lebih pun ustaz berikan air suruh tabur disana sini sepertinya tok bomoh juga.............................
Dari Jabir, Rasul SAW, bersabda: “Ketika seseorang masuk ke rumahnya membaca bismalah, dan sewaktu ia makan, maka syaitan-syaitan saling berkata diantara sesamanya : “Kalian tidak berhak menempati rumah ini dan tidak pula makanan di sini”. Dan ketika seseorang masuk rumahnya tanpa menyebut asma Allah, maka syaitan berkata : “Kalian bebas menetap di rumah ini, demikian pula ketika orang itu bersantap tanpa baca Bismalah, maka syaitan berkata: “Kalian berhak menetap dan makan secara bebas di rumah ini” (HR. Muslim).
5 comments:
semalam gua tenguk cerita seru....antu melayu ni nampak bodoh sikit..lansung aku tak minat..tok sah korang buang duit
taknak lah tgk cerita seru tu. nampak macam mengarut. nasib baik tak subscribe.
Aslmkm PM.
Alhamdulillah Kak G bertuah kerana sejak kecil di ajar arwah Tok supaya sentiasa baca Bismillah bila membuat apa2 juga & mesti beri salam bila balik/masuk ke rumah.
Mungkin juga terlatih begitu kerana diingatkan oleh moyang arwah 'Tok Janggut' tu.
saya melalui pengalaman ini dan bukanya mudah untuk melihat keadaan rumah kita tenang dari gangguan. Kekadang kita fikir ini adalah biasa tidak ada apa apa tapi cuba perhatikanlah............dengan keadaan kita berdiam.
moga moga amalan dari bacaan al-quran dapat melindungi kita semua.. ;)
Dia Maha Mengetahui..mohon sentiasa berada dlm lindunganNya..aminn
Post a Comment