Monday, October 24, 2011

Hati Seorang Tua

Salam...........

Semenjak ayah meninggal dunia emak selalu sendirian dirumah usang. Rutin hari hari seperti biasa, bangun pagi solat, buat sarapan, memberi makan ayam itek, makan tengahari, minum petang, makan malam dan tidur. Anak anak semua berada jauh, paling paling dekatpun 2 jam perjalanan yang lain semuanya merantau mengikut suami, manakala anak lelaki lena dalam pelukan isteri. Rumah emak hanya akan penuh bila ada kenduri kendara atau pun hari raya dan selepas itu sunyi sepi sahaja.

Sepanjang waktu kesumyian itu hanya jiran jiran sekeliling dan anak saudara yang datang menjenguk. Kini ramai orang orang tua dikalangan jiran jiran itu sudahpun ramai yang meninggal dan kalau ada yang hidup hendak dibuat kawanpun banyak yang nyanyuk. Peringkat nyanyuk pun sudah mencapai tahap kritikal bilamasa tidak kenal tahi dan cok kodok. Kini hanya adalah anak saudara yang ada. Susah hendak dikira, angin orang muda, tiba masa baik, baiklah perangainya tiba masa berkira, semua benda habis dikira. 

Keadaan diri yang sduah tua juga dibayangi bayangan rasa takut. Takut pada hantu dan gangguan jin yang tidak pernah sekolah itu menyebabkan emak berpindah kerumah anak.........................Tinggallah rumah, tinggallah tanah dan pohon pohon tidak terjaga. Bagi anak saudara , kalau nak petik apa buah pun boleh kerana tuan rumah sudah tiada dan meninggalkan sebidang tanah yang entah siapa nanti bakal merebutnya.

Sepanjang emak dirumah anak, perasaannya tidak enak selalu.Ingatannya kepada tanah kampung halaman peninggalan suami. Bantal busuk yang yang ditinggalkan itu juga entah apa khabarnya. Kehidupan dirumah anak tidak ubah juga seperti keadaannya dikampung. Sepi dan sunyi..................................

Baru baru ini emak membuat keputusan untuk balik ke kampung. Siapakah nanti akan menjaganya ? Katanya anak saudaranya akan menjaganya................... Anak anak terpinga pinga....., hati orang tua, kenangan lebih bermakna, disana adalah harta milik suaminya, tempat dia membesarkan anak anaknya, disana dia melihat semua saudaranya. Anak anak tidak tahu bahwa itulah tanda emaknya mahu pulang, mencari bekas bekas tapak kaki yang pernah ditinggalkan. Kembali melihat sekeping tanah tempat limpahan kasih sayang.........




2 comments:

Unknown said...

biar seburuk mana pun rumah itu sekarang tapi didalamnya terkandung kenangan yg sentiasa menusuk kalbu..
tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula rumah yg menyimpan 1001 kisah

perjalanan pulang said...

susah nak faham hati orang tua

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...