Orang miskin mempunyai impian menjadi kaya, orang kaya mempunyai impian untuk sihat sentiasa, orang sihat pula memilih jalan syurga dan neraka..........
Dahulunya anak anak naik basikal tua bersama bapak ke kebun getah. Bapak tidak mempunyai kenderaan lain kecuali basikal tua itulah untuk ke sana kemari. Anak anak di bawanya di atas palang hadapan atau di bahagian belakang. Sekeping tanah itulah punca rezekinya untuk menyara hidup kami sekeluarga.
Anak anak yang sudah dewasa membawa nasib masing masing namun masih belum mampu memiliki kereta dan motor. Tidak juga mempu membeli rumah dan terpaksa menyewa rumah orang. Waktu itu sangatlah gawatnya, pm menyewa rumah di Selayang Baru. Separuh dari gaji membayar sewa rumah, manakala separuh lagi untuk membeli barang dapur , membayar hutang, bil air serta api dan juga tambang bas mini untuk berulang alik ke tempat kerja. Cukup atau tidak cukup kenalah dicukup cukupkan.............Adakalanya bil api tertunggak 2-3 bulan, pernah bergelap kerana dipotong, pernah juga air tak ada. Bila orang sebelah seronok tenguk tv dan dapat minum air sejuk dari peti ais, kitapun teringin juga...
Tinggal di Selayang, dekat benar dengan pasar borong. Kalau hendak sedap makan, carilah kepala ikan waktu pagi. Sayur sayur yang murah banyak dijual di tepi jalan. Itupun ada makhluk yang pandai pandai mengutip sayur terbuang kemudian menjualnya semula. Orang miskin akan ambil apa sahaja untuk hidup. Tahukah anda betapa gembiranya hati seorang bapa yang dapat membawa pulang sebiji durian atau sesikat pisang untuk makanan anak anaknya ? Hanya itulah yang dia mampu..
bersambung..........
1 comment:
kalau diingat jaman-jaman dulu, rasa menitis si ayer mata
Post a Comment