Monday, July 29, 2013

Hikayat Orang Tak Pernah Salah

Salam

Cerita Pertama

Seorang perempuan Arab bersama anak lelakinya yang berada di lobby hotel sambil menunggu bas. Anak lelakinya dibiarkannya bermain main di kawasan lobby menolak nolak trolly budak Bellman. Entah bagaimana trolly itu telah melanggar pasu bunga dan menyebabkan pecah. Pihak hotel menuntut ganti rugi bagi kerosakan pada pasu itu. Perempuan arab itu enggan membayar ganti rugi sebaliknya menyalahkan pihak hotel " kenapa membiarkan anaknya bermain trolly tersebut" 

gambar hiasan

Cerita Ke Dua

Seorang perniaga wanita datang menuntut hutang kepada pelanggannya kerana hutang sudah semakin banyak. Pelanggannya marah kepada si punjual tadi dengan kata " apa pasal kakak  tunjuk kat saya buku barang tu."  Bila dah tunjuk saya belilah katanya .



Cerita Ke Tiga

Sekeluarga Arab telah check in ke hotel. Selepas masuk ke bilik mereka keluar pergi membeli belah. Manakala Anak anaknya dibiarkan di dalam hotel. Anak anak arab ini telah keluar merayau rayau dipersekitaran hotel sehingga ke kawasan kolam renang. Salah seorangnya terjatuh ketika mandi manda. Berita kejadian itu telah sampai ke telinga keluarga mereka. Emak bapaknya datang sambil marah marah dan persoalkan kenapa pihak hotel tidak bertanggung jawab serta menjaga anaknya. 


Cerita Ke Empat

Sepasang kekasih telah lama bercinta sehingga terlanjur dan mengandung. Ibu bapa perempuan telah datang menyerang keluarga lelaki dengan kata " kenapa kau biarkan anak kau buntingkan anak aku "


Cerita Ke lima

Seorang lelaki Arab melanggan pelacur ke biliknya. Sehingga di waktu pagi beliau tidak mahu melepaskan pelacur itu keluar. Keadaan ini menyebabkan bapak ayam menjadi marah dan datang menyerang ke hotel. Pihak hotel telah dipersalahkan oleh lelaki Arab itu dengan kata 'saya tinggal di hotel kamu, kamu kena pastikan keselamatan saya "


5 comments:

✿INA AINAA✿ said...

erkkkkk, ada juga manusia macam ni.. suka menyalahkan orang lain.. adeiii...

Queenie said...

mereka tak terkena buku dgn ruas...

cerita pertama saya tu mengingatkan saya ttg pak arab dlm bas express, sepanjang perjlanan keutara tu, anak2 dia dok berlari kedepan kebelakang sambil makan makanan ringan, habis berterabur makanan tu atas lantai, dah la buat bising dalam bas, buat sepah lagi...

masa berenti di R&R, driver bas tu mintak pak arab tu kutip sampah2 anak dia, pak arab tu dgn degilnya cakap "so what?", driver tu pun bagi sebiji penumbuk kat muka pak arab tu, dan amik semua barang2 dia, campak keluar, driver tu cakap, "kat tempat engkau, boleh la engkau kurang ajar, tapi ni negara aku!"

hehehe...

kes kedua pulak ttg abang saya, dlm bas express juga, konon abang naik bas sebb nak dpt rehat dan tidur tp diganggu pulak ngan pompuan filipina yg bercakap kuat macam dia sorang ada hp, abang ada la beri isyarat supaya dia slow kan sikit volume sbb abang nak tidur tp bila dah 1/2 jam bersabar pompuan tu masih tak habis2 memekak, abang saya mengamuk la... driver terpaksa berentikan bas sbb ingatkan ada orang bergaduh. Bila abang bitau masalah dia, kat situ jugak driver tu halau pompuan tu turun (pompuan tu tak turun tp menikus sampai la ke Penang).

driver tu la cerita kat abang saya pasal dia tumbuk pak arab tu keh3...

Queenie said...

er..ampun pak, silap...
bukan cerita pertama saya tp cerita pertama itu..hehe

perjalanan pulang said...

kah kah kah.....ada lagi banyak cerita merepek saya dengar

PCL said...

kesimpulannya ..pak arab yg mai melancung ke sini ramai yg degil2..

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...