Wednesday, July 31, 2013

Main Selak Selak

Salam,

Sudah semakin nak beraya. Duit pasti banyak keluar dengan tidak disangka sangka. Namun ada sedikit cerita bertahun tahun pm lihat berlaku...........

Bagi keluarga baru dan keluarga miskin adalah menjadi suatu masalah jika sipengutip hutang datang ke rumah dikala ini. Sepertinyalah kita ini banyak duit dan dapat bonos macam orang kerajaan. Dulu "time" puasa inilah TNB dan JBA datang memotong api dan air. Sekarang ini pula surat lawyer berterbangan datang menuntut hutang, bank bank pun pandai talipon suruh bayar duit rumah awal awal. Belum lagi kereta, indah water, corts, singer , celcom, TM dan macam macam lagi.



" Selamat pagi Encik, saya ini dari pejabat lawyer" begitulah katanya. Ada yang gertak nak blacklist kita, nak tahan gaji kita, nak bagi tau bank negara.........Namun semua ini adalah siaran berbayar.......Budak budak itu diupah bercakap macam macam untuk memberi tekanan dan ketakutan yang melampau. Akhirnya ada yang buta buta bayar dan melupakan soal raya mereka tahun ini.

Hutang adalah benda biasa, tidak ramai yang boleh beli tunai walaupun untuk persiapan perkahwinan. Nak kahwin kena pinjam bank, nak raya kena pinjam bank. Bank pun buat tawaran gila gila jugak. Siapa yang pinjam dia punya pasal. Kalau tak ada peminjam bagaimana bank nak hidup, cukai kerajaan pun jalan jugak.

Pinjam Along, tak usah ceritalah. Dalam suka tak suka ada juga yang pergi meminjam along tapi takkan nak beritahu orang. Malulah.....betul tak kak. Seorang kakak melayu pm jumpa di pejabat along beberapa tahun yang lalu. Pm dengar dia menjawab panggilan anaknya " emak kat bank ni" katanya.... Bohonglah tu... tapi susah kita siapa nak bantu kalau kita tidak pandai korek sana sini dengan kepakaran kita. Orang lain pandai cakaplah" apa pasal bil api kau banyak, kenapa tak bayar sikit sikit". Sedap sahaja bunyinya. Dia tidak tahu ke hidup ini bagai selimut pendek. Tutup atas terbuka yang bawah, tutup bawah terbuka yang atas.


Masa anak pm kecil kecil dulu keadaan seperti ini sudah ditempuh, namun masih ada orang yang baik hati hulur sikit sikit buat belanja. Yalah nak beli baju melayu untuk 4 orang anak lelaki dan 1 baju kurung untuk anak perempuan. Belum masuk lagi kasutnya dan tambang bas balik ke kampung. Emakbapak pakailah baju tahun lepas, tangan bini pulak bogel je tidak ada emas walaupun sejanggut udang. Bila balik kampung, orang pakat jeling je selepas tu bunyilah sok sek sok sek....Mengatalah tu....." Isteri adalah lambang keupayaan suami"


"Jangan bersedih" itulah nasihat orang...............Betapa berat mata memandang, beratlah lagi bahu memikul.......


3 comments:

chengmai said...

apa nak di heran kan pak din orang memang macam tu lantak la depa nak kata apa walau pun saya anak mami tak pernah pun saya pakai gelang sampai ka siku atau pun rantai macam tali kapai orang nak jeling sampai keluar biji mata ka depa nak perli2 ka lantak pi janji hati kita senang tak menanggung hutang.yang penting laki kita sayang dan bangga dengan kita.

perjalanan pulang said...

dahsyat tu....tapi sekarang dah tentu boleh beli gelang lagi besar..

chengmai said...

walau pun mampu beli tapi nak buat apa kalau laki kita tak suka bukan ka kita pakai atau buat apa pun untuk bagi sedap mata dan hati laki kita.orang lain apa kita peduli.dulu saya pernah pakai rantai lepas kena ragut terus takut nasib baik penyamun tu tak dapat berkat duit epf laki la tu.sejak hari tu rantai jadi tukun.

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...