Wednesday, April 17, 2019

SOMBONG ORANG CERDIK

Salam sejahtera,

Pm kini berada disekelilingi cendakiwan yang 100 peratus menggunakan akal yang dikatakan bijaksana. Bijak tidak boleh ditegur, bodoh tidak boleh diajar. Pendek kata kita tidak boleh berkata apa apa kerana kita ini adalah dari golongan kasta yang rendah......................... Pendek kata, yang dibumi tetap rumput dan yang langit itu tetap di langit walaupun ketika membuang najis, najisnya tetap jatuh ke bumi.

Golongan yang merasa diri mereka itu terlalu bijak selalu tidak memperdulikan pendapat orang bawah. Duduk di atas setaraf dewa menyebabkan mereka hanya boleh berbicara di kalangan dewa sahaja. Mereka boleh menjadi dewa hujan dewa matahari, dewa awan dan juga dewa katak yang mana bual bicaranya begitu kretif bernas, yang hanya difahami di kalangan mereka dan bukan untuk kita. Untuk kita hanyalah hamba pencacai yang hanya layak menerima cacian maki hamun sebagai hidangan bila bersua muka.

Mereka lupa bahawa sebelumnya ada kicap perlunya ada kacang soya, sebelum ada ayam , perlunya ada telor. Manakala telor itu tidak jadi dengan sendirinya. Sebelum mereka duduk di puncak atas, mereka bersama kita, makan minum bersama kita. Tiadalah bezanya nasi yang dimakan oleh orang bodoh dan orang cerdik, tiada juga beza nasi yang dimakan oleh raja dan rakyat biasa. Nasi tetap nasi, beras tetap beras yang berasal bernama padi tumbuh diatas tanah dan bukannya di langit bagi makanan para dewa.

Sebelum anda berada anda berasa tersangat besar dan tersangat cerdik, berhati hatilah berkata kata, berhati hatilah bila berhadapan sesama manusia. Ingatlah, kubur kita berada dimana mana yang bukan kita tentukan. Kubur kita ditentukan oleh manusia lain, yang berfikir fikir dimana akan dihumbankan mayat kita setelah kita mati. Adakah mayat kita akan dihormati disanjung atau dipuja....itu bukan urusan kita lagi, kerana pada waktu itu kita telahpun mati menjadi bangkai........

Di saat itulah, anda bukan dewa lagi....tapi pergi meninggalkan jasad untuk hidangan ulat ulat dibumi.


2 comments:

Percaya said...

sudah aktif kembali wahai panglima muda. hehe

perjalanan pulang said...

Ada modal

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...