Sunday, June 1, 2014

Mimpi Yang Nyata

Salam,

Selepas pulang dari tanah suci, pm pernah bermimpi mengerjakan tawaf bersama abang pm dan kemudian bermimpi pula melawat makam rasul dan berdiri betul betul dihadapan makam Saidina Abu Bakar. Mimpi sebagai mainan tidur itu membawa kembali kenangan berada di tanah suci dan merasakan bahawa peristiwa itu baru sahaja berlaku di hadapan mata............


Seingat pm ketika pm baru sahaja sampai ke kota mekah, pm tidak nampakpun dimana itu kaabah. Pm sangka Kaabah itu besar dan tinggi dan boleh dilihat dari jarak jauh sepertinya di dalam gambar gambar yang dilihat di dalam buku dan majalah.



Pada malam ketibaan kami, bas kami berhenti di tepi jalan. Hotel yang disediakan adalah hotel ekonomi yang mana tidak semistinya pekerja hotel tolong mengangkat semua barang barang kami. Dengan itu mana mana beg yang boleh dibawa, eloklah dibawa sendiri. lebih tepat lagi, niat beribadah itu lebih tebal dari memikirkan keselesaan. Dengan berpakaian ihram kami menaiki tangga batu ke arah hotel di celah celah kedai. Kami disuruh makan namun keinginan makan juga tiada kerana keinginan mengerjakan umrah melebihi dari itu. Seorang ustaz berbangsa indonesia menyuruh kami turun ke lobby pada jam 11.30 malam bagi tujuan umrah. Kehidupan dalam berikhram ini sangat membatasi kami, kebimbangan takut batal wudu' juga menghantui fikiran begitu juga pantang larang yang lain


Jam 12.00 malam kami bertolak dari hotel berjalan kaki ke masjidilharam. Pm melihat banyak orang berjalan menuju ke tempat yang sama. Apabila mahu memasuki pintu utama, ustaz menyuruh kami menanggalkan selipar dan menyimpan dalam karung dan kemudian  menyimpannya di satu sudut yang dipercayai selamat. Kami memasuki masjidil haram melihat keadaannya disepanjang perjalanan ke kaabah. Akhirnya Kaabah nampak berdiri tegak di hadapan mata iaitu pada ketika kaki telah memijak lantai marmar yang sejuk. Sungguh sejuk dipandang mata, sungguh terpegun ketika itu. Di dalam hati mengatakan rupanya ini adalah tempat diimpikan oleh semua orang Islam menjejakinya...." tapi kenapa ya"..." Apakah yang ada pada batu yang berbalut kain hitam itu....mengapa ada orang memeluk dan meruntun kain kaabah bagaikan tidak mahu melepaskannya. Bahkan terlalu banyak orang berhimpit himpit mencium hajar aswad. Pm melihat beberapa orang tua dilindungi oleh beberapa laki laki dimana orang tua itu dibawa terus ke  hajar aswad....Rasanya begitu mulia hati anak anak jika mereka dapat membawa ibu tua mereka mengelilingi kaabah dan mencium hajar aswad.



Namun di sana bukan hanya untuk beribadah tetapi berlaku kekasaran tolak menolak bagaikan mengejar sesuatu, lelaki dan perempuan berlaga tanpa batasan. Ada kumpulan yang kuat bukan sahaja dengan suaranya tetapi juga kuat tubuh badan merempuh orang ramai, orang orang tua , kanak kanak yang tidak berdaya. Ada yang solat di atas laluan orang tawaf mengganggu jemaah lain berjalan. Semuanya mahu mencukupi rukun tawaf sebanyak 7 pusingan. Dikala kita sibuk berjaga jaga supaya bahu kiri sentiasa seiringan dengan kaaabah, kelihatan jemaah lain sibuk mengambil gambar, berjalan tidak mengikut aturan, berpeluk peluk dan bersembang sembang sesama kawan kawannya Tanpa memperdulikan perbuatan mereka ibadah umrah harus diteruskan juga.......

Selesai tawaf  kami solat sunat dan berdoa dan terus bersai...Kesimpulannya alangkah indah melakukan ibadah ini bersama keluarga, alangkah indahnya jika kita punya wang yang banyak dimana dapat menghimpun keluarga kita di sana. Alangkah indahnya jika kita dapat meperbetulkan akidah alhli keluarga kita. Yang indah indah itu tidak semuanya dapat kerana hidup perlu perjuangan....tiap tiap sifat itu memangnya diuji dengan perbuatan.......bersambung...

Thursday, May 29, 2014

Berair Dalam Panggong Wayang

Salam....,

Bukan kisah rogol beramai ramai sampai 38 orang........bukan pasal ubat penahan sakit dan bukan pasal jantan mana yang dapat lama bertahan....bukan bukan bukannnnnnnnn


Ini adalah diantara sebutan tentang anak dara keluar waktu maghrib. Bukan sekarang tapi dari zaman dulu dulu lagi, zaman filem filem hindustan dan perbuatan jahat itu bukan hanya pada hari ini tapi dah ada sejak dulu dulu dulu lagi.....Mungkin orang dulu dulu tu sekarang dah taubat, sudah memenuhi masjid, sudah mendapata title mak aji, sudah jadi ustazah...Hari ini anak anak pula mengambil tempias perangai emak bapak, bagaikan pula ketam mengajar anak...

Adapun pm nak sebut bagaimana orang dulu dulu mengajar pasangan yang sedang sedap beromen dalam panggung wayang, namun ajaran ini tidaklah termasuk dalam buku mana mana dan terbukti berjaya...

Pertama ;

Cari tin susu....


Kedua:

Cari belalang padang


Ketiga :

Anda harus melepas di dalam tin tersebut dan pastikan yang anda lepaskan adalah yang " cair" melekat dan sehabis habis service........wek.....wek..

Keempat ;

Setelah selesai sila masukkan belalang padang dalam jumlah yang banyak dan tutup tin tersebut agar belalang tidak terlepas...

Ke lima :

Bawa tin tersebut ke panggung wayang yang paling best sekali ceritanya..........

Ke enam ;

Apabila wayang telah bermula dimana lampu menyinar ke screennnnn, maka buka tin tersebut seluas luasnya......Anda terus balah dan tinggalkan panggong wayang tersebut................cepat cepat...jangan tunggu

Hasilnya ;

Belalang akan berterbangan, hinggap ke bahu rambut, tudung, muka, tangan. kaki, seluar skirt tidak termasuk seluar dalam bagi mereka yang berada  di dalam panggong wayang tersebut....Belalang akan melompat menuju ke arah " layar".......

.
Kalau hari hari anda buat, panggong akan kosong atau anda kena tangkap diatas tuduhan khianat......

Wednesday, May 14, 2014

Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu

Salam,

Sewaktu menghadiri kursus umrah di dewan Utas Travel, pm telah membeli sim card saudi di atas " zain" dengan harga 50 rial. Penjualnya kata boleh terus pakai setiba di saudi nanti dan juga boleh gunakan internet. Pm sangatlah gembira kerana perkara utama ialah dapat menghubungi keluarga dan kawan kawan.


Setibanya di Jeddah banyak juga kelihatan "ulat ulat" menjual sim card di kawasan check in. Ada diantara kawan kawan yang membelinya, ada yang buat tak tahu sahaja kerana sim card Malaysia masih dipercayai untuk digunakan. Pm pula dengan muka selamba sahaja......Namun panas tidaklah sampai ke petang apabila tiba tiba duit top up diperlukan. Masa itu barulah pm tahu bahawa untuk top up sim card saudi nampaknya lebih cerewet. Kalau di Malaysia kita hanya perlu masukkkan 13 digit itu tapi di saudi mereka memerlu no pin sim card tersebut. Puaslah membelek kertas pembalut sim card namun tidak kelihatan nombornya.


Di luar banguna hotel di Madinah banyak terdapat penjual penjual sim card di tepi jalan. Sudah beberapa kali juga mereka menenyeh top up kad talipon untuk pm namun tidak berjaya. Ada pula mengambil kesempatan menjual sim card lain dengan harga yang potong leher....150 rial. Kegilaan pm mencari sim card yang sesuai membuat pm berjalan sendirian di pasar mereka. Malam selepas isya' adalah waktu yang panjang untuk shopping....


pinjam gambar google... minta halal ya.

Akhirnya pm kembali ke hotel dan bersembang sembang dengan tukang masak indonesia di sana. Dengan sebab pm begitu mudah mengikut gaya bahasa mereka, kedatangan pm disambut baik. Sambil minum minum pm minta tolong kepada salah seorang dari mereka membantu pm. Akhirnya mereka membantu pm dan membawa pm ke salah sebuah kedai talipon di malam itu..



Beliau dengan baik hati dengan menggunakan no passport beliau ketika mendaftar. Dengan mudah pm mendapat sim card baru berserta no pin sekali manakala pengunaan internet pula berlansung seminggu sehingga pulang dari Mekah. Banyak gambar gambar dapat diambil dan terus masuk ke facebook selain dari pengunaan wifi di masjid dan di bilik hotel.

Betapa pentingnya pengetahuan apabila kita dengan mudah menghubungi keluarga kita melalui vedio call dan sistem pesanan ringkas, wechat, what's up dan segalanya...Pendik kata, berhubung siratulrahim itu adalah juga ibadah...

Esoknya waktu siang, menzarah lagi sambil melihat makcik makcik yang sibuk membeli jubah untuk anak anak, menantu dan jiran mereka sebagi buah tangan sewaktu pulang..


bersambung......

Tuesday, May 13, 2014

Cerita Cerita Di Madinah

Salam,

Sebenarnya ingat ingat lupa tapi sukalah nak cerita sedikit,......

Pagi jam 7.00 pagi ketika sampai ke kota Madinah itu, pm melihat dunia baru. Penyambut tetamunya bercakap loghat indonesia memberi taklimat. Pm tidak mengambil kisah kerana memikirkan kami semua belum solat subuh lagi dengan sebab kekeliruan pemandu bangsa arab. Hanyalah sempat mengambil gambar notis arahan dan kemudian naik ke bilik. Liftnya teramat kecil dan kami terpaksa naik berperingkat peringkat. Ada tegahan supaya kami jangan mandi oleh ustaz tapi oleh kerana kami orang melayu maka tetaplah juga kami mandi walaupun suhu Madinah waktu itu memang sejuk.

Pagi itu, seronok melihat gelagat orang Madinah. Sungguh ramai yang pulang dari masjid dan ketika itu pasar pasar lambak mula dibuka. Lelaki arab yang berniaga di kaki lima menyambut kami dengan senyuman " Malaysia bagus" katanya. Mudah benar mereka mengenali orang Malaysia walaupun kami memakai jubah. Sebenarnya orang Malaysia kerap memakai kopiah yang bertanda..


Jual beli sangatlah mudah, masih boleh tawar menawar dengan berbahasa melayu, cuma sedikit beza untuk halal dengan haram. Si Arab ni kalau dah kata "haram" tu, payahlah sikit. Puas abang ipar pm menawar meminta harga rendah dalam pembelian yang banyak. Arab ni menjual, baju besar dan kecil pun dalam harga yang sama.

Pm mencari tasbih yang diminati dalam lambakan tasbih di tepi jalan, malangnya satupun tak jumpa. Serupa sahaja seperti di Masjid India dan Mydin dan rasa tak berpada membelinya untuk dibawa pulang. Tapi pada suatu hari hati pm menjadi cair juga dengan sebab memikirkan buah tangan untuk dibawa pulang.

Pada suatu malam selepas isyak pm sendiri merayau rayau di sekitar hotel mencari tasbih kayu koka. Akhirnya dapat juga di dalam sebuah kedai di sana walaupun abang pm menganggap perkara ini mengarut. Bezanya kayunya agak berat sedikit dan cantik. Kemudian pm mencari cincin pula di kedai yang sama di bazar itu


Group kami dari utas seramai 31 orang sahaja benar benar tidak memenuhi bas yang disediakan. Jikalau kami boleh membawa unta pulang sudah tentu untapun dapat duduk sama di dalam bas tersebut. Sekarang anda tidak perlu ke ladang unta kerana sudah ada penyakit berbahaya.

sewaktu di ladang unta

31 orang yang dahulunya saling tidak mengenal kini telah menjadi sebuah keluarga yang begitu rapat di sana. Apa sahaja hal berselisihan pendapat dapat dirujuk dan dibincang bersama. Duduk di negara orang menyebabkan kita lebih banyak bersatu kerana tekak kita sama sahaja mencari makanan yang biasa di makan. Kita tidak akan makan daging kebab setiap hari tetapi tetap mencari nasi walaupun terpaksa makan masakan indonesia....


Ada juga saudara mara jauh yang tidak dikenali tiba tiba jadi " jadi bau bau bacang " pula. Sungguh pun bumi Allah ini luas, namun jodoh pertemuan adalah di tangannya, padahal di air port masih tidak bertegur sapa.

gambar abang ipar pm bersama saudara kami yang baru di kenali dimasjid Quba'

Banyak gambar kenangan di Madinah yang pm ambil kerana pm fikir bukanlah mudah untuk pergi ke sana kalau kita tidak mempunyai keupayaan.

diluar masjid nabawi

laluan berhimpit himpit berdekatan makam rasul

Kalau ada rezeki, tentu ramai diantara kita berkeinginan ingin ke sana semula. Sepertinya di sana ada gula, sentiasa manis di dalam ingatan. Tambah manis jika kumpulan tersebut terdiri dari ahli keluarga kita sendiri dan menjadikan tempat itu sebagi perhentian terakhir.......................wallahhualam.......



Monday, May 12, 2014

Tetamu Tidak Bermusim

Salam,

Ada teman teman pm sudahpun selamat kembali ke tanah air dari tanah suci Mekah. Masing masing tentunya mempunyai cerita yang hebat hebat untuk disampaikan kepada kawan kawan dan saudara mara di sini. Namun begitu cerita belum tentu dapat disampaikan.............................



Rata rata yang pulang kebanyakkannya sakit. Sakit tekak, sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi , pening kepala, dada rasa macam nak pecah dan berbagai rasa sehingga bermingu minggu dan melebihi sebulan. Pm sendiri pula disyaki terkena penyakit denggi. Orang sakit begini tentu hilang modal bercerita dan akhirnya lupalah nak cerita tentang detik manis mereka....Maka tunggulah mereka sihat nanti......Masa itu air zam zam yang dibawa sudahpun habis.........



Sebenarnya di Mekah, tidak ada perasaan nak tidur sedap sedap, kecuali sakit. Pukul 3.00 pagi mata sudah terbuka, malahan ada yang se awal itu berlari lari ke masjid. Kalau boleh nak duduk dekat dengan kaabah, nak pandang kaabah lama lama sepertinya melihat anak dara....Ada rasa nak peluk kaabah, ada rasa nak menangis depan kaabah. Semua rasa, semua di dalam jiwa dikala itu bagaikan bunga harum di dalam taman. Tidak ada rasa memberontak, tidak ada rasa dengki khianat, bahkan sentiasa berdoa yang baik baik, minta seluruh keluarga kita baik baik...............


gambar hiasan 

Bila dah balik ke tanah air..........banyak yang berubah. Kasar benar dunia ini. Di sini banyak dengki khianat, banyak yang tidak puas hati, banyak kerja haram berlaku kembali......

Tahun depan, kumpul duit pergi baliklah ke Tanah Suci....Cuci balik apa yang kotor ni.....

Saturday, May 10, 2014

Detik Detik Kerinduan

Salam,

Masa itu terlalu pendik rupanya. Semakin dikira semakin cepat pula berlalu. Hanyalah hati dan jiwa bagaikan tidak sedar........

Sebagaimana tersebut, diambang subuh itu beduk ditalu talu, berlainan benar bunyinya. Lalu dari mulut ke mulut tersebarlah berita bahawa saudara sekampung kita telahpun meninggal dunia. Hembusan nafas terakhir itu diiringi dengan tangisan anak cucu yang berdekatan, ada yang meratap ratap ada yang menceritakan segala kebaikan arwah sewaktu kehidupannya, ada yang terkejut dan ada yang bermuram sahaja. Ada yang membaca surah yassin  dan paling paling tidak memasang radio keset atau dalam bentuk digital alunan bacaan quran kerana pada hari ini manusia sudah semakin tidak mampu membaca quran sehinggakan mengupah orang.....

gambar hiasan

Lalu talipon berdering bersahut sahutan, sms, fb, wechat, what' sup dan segala bentuk pesanan rengkas saling berbalas menceritakan berita kematian itu. Pak imam di surau terus dimaklumkan, budak budak penggali kubur dikerah menggali tanah setelah selesai solat subuh itu. Ahli ahli masjid khairat kematian kemudiannya  bersiap sedia menyediakan peralatan mandi dan kafan...........

Jam 8.00 pagi setelah minum pagi orang ramai mula berkumpul. Bau kemenyan, bau kapur barus bau daun pandan kian bercampur. Jam 9.00, anak anak cucu mula mengangkat jenazah untuk dimandikan........tabir mula dipasang, mayatpun dimandikan....Ada anak anak turut serta, ada yang menghilang entah kemana......


gambar hiasan

Lalu selepas itu mayat dibawa semula ke tempat pembaringan di tengah rumah. Kain putih yang sudah ditabur barang barang keperluan dibalutkan kepada mayat satu persatu. Sesudah selelesai itu hanya ditinggalkan pada bahagian muka sahaja bagi anak cucu melihat untuk kali terakhir.......Ada yang datang mencium dahi, ada yang sebak menahan air mata....ada yang menjerit bagaikan orang tak ada agama....

gambar hiasan

Jam 10.30, selesai dikafankan, ada pak imam mengajak solat jenazah di rumah, ada pula menolak menyuruh ke masjid sahaja. Maka mayat itu di solatkan oleh tetamu yang hadir, tidak termasuk mereka yang suka duduk di bawah pokok .



Jam 11.00 jenazah diusung ke tanah kubur, ada yang dibawa dengan van dengan diikuti keluarga serta saudara mara yang ada. Setelah tiba ke kuburan, mayat dimasukkan ke lahat, kain penutup muka dibuka, tanah dikepal diciumkan kehidungnya...ikatan dilonggarkan......Anak cucu dapat melihat wajah untuk kali terakhir.......Papan penutup mula diletakkan, tanah diturunkan sedikit demi sedikit, dicangkul cangkul sehingga rata dan dipijak pijak..........

gambar haisan

Imam mula membaca talkin berakhir dengan doa, anak cucu kemudiannya mencurahkan air wangi ke tanah kuburan bernisan kayu.........

Semua saudara mara beransur pergi dan kemudiannya anak anak pula berangkat balik. Ada yang menunggu sehingga 3 hari di rumah arwah, ada yang cabut pada hari itu juga kerana tersangat sebuk........

Begitulah pendeknya waktu perjalanan tidak sampai sehari.......Hanya setengahari itulah orang telah lupa pada kita kerana sejarah kita telah berakhir. Anak anak dan kawan kawan kembali ketawa...semakin hari semakin lupa dan kalau kalau teringat cumalah harta, atau mungkin selepas 100 hari atau mungkin menjelangnya hari raya....Mereka melawat kubur kita membawa tunang atau girlfriendnya atau isteri mudanya................

Thursday, May 8, 2014

Belajar Merangkak

Salam,

Di hujung hujung begini sudah banyak pula kenduri kahwin. Ada jemputan agak sukar kita hadiri oleh kerana ada hal hal tertentu yang misti diuruskan. Kenduri kahwin bermakna banyaklah duit yang digunakan dan tentu sekali belum tentu mendapat pulangannya" masukkkkk" walaupun kita membesarkan poket baju kurung serta pakaian dalaman.



Seorang anak muda menemui pm menceritakan keadaan bakal isterinya yang tersangat garang. Rupanya ,cinta tidaklah dapat mengatasi kegarangan itu namun bila hati dah suka " akal" tidaklah diperlukan lagi....Pm menasihatkan beliau supaya solat berjemaah dengan isteri kerana di dalam solat itu telah menunjukkan taraf kedudukan seorang suami, paling paling tidak, mudah juga baginya menasihatkan isteri setelah selesai solat itu. Tapi anak muda ini pula berasa kekurangan tentang bab solat... Masalah juga......



Bab bab lain , pengantin perempuan pening lalat untuk menghadapi ibu mertua . Ada ibu mertua ok sahaja dan ada pula cerewet. Begitu juga pengantin lelaki, rasa macam kena tak kena berhadapan dengan bapa mertuanya..Ada yang membodek cukup cukup sehingga melimpahlah pujian dari mertua masing masing padahal di dalam rumah sendiri dia adalah raja dan ratu paling pemalas. Pm kata jangan nak berlakunlah walaupun pada hari  ini banyak mertua yang kurang cerdik. Jadilah diri sendiri dan kekal dengan perangai yang ada. Cita cita untuk berubah dengan cara terbaik sangatlah digalakkan.

Pm nasihat, eloklah pindah dan duduk di rumah sewa semampu yang ada. Jangan bergantung dan menyusah emak bapak lagi, jangan ingat emak anda akan jaga anda dan suami anda. Jangan ingat nak berjimat, tunggu ada duit beli kereta, baru nak pindah. Jangan beri alasan bahawa anak anda tak ada orang nak jaga.Jangan nak menyamar mengatakan bahawa anda sebenarnya menjaga orang tua anda terkecuali mereka itu orang sakit, tidak berupaya atau alasan yang menasabah. Padahal sebenarnya anda sedang mengambil kesempatan dari semua sudut....Atau sebenarnya anda seorang anak yang manja hidup penuh belaian.....Kalau tak mahu susah , jangan kahwin dan jangan hidup di dunia ini...



Bab bab orang baru kahwin ini sememangnya banyak. Ada yang mahu terlalu sempurna. Di hari bersanding itu, sang isteri pun sudah dapat teguran berpakain tutup litup sehinggakan kain pengantin menyapu jalan. belum lagi bab salam bersalam kawan kawan yang datang meraikan........Pm tak kata mereka salah tapi sederhanalah......sepertinya belajar mengaji bermula dari Alif....................


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...