Thursday, September 30, 2010

Bagai Tak Terasa Cintanya

Aku ingin pulang
ketika keletihan menjamah diriku
dan senja semakin hampir
dan malam menjemput lena

Kasihku
semakin pudar disini
bagai tak terasa cintanya atau rindunya
seorang wanita.................

Puteri mandi lewat ditelaga
menatap lelangit menanti sang rambulan
yang tak kan muncul
kerna hujan mula menitis
kelam dan gelap

Wednesday, September 29, 2010

Kad Pengenalan Siapa

Salam,
Semalam ada seorang budak perempuan masuk kerja disini. Umur 20th, boleh tahan juga kalau orang muda tenguk dan boleh mengurat. Rahim datang berjumpa aku dan bagi tau aku bahawa budak ni lain macam nampaknya. Aku tanya kenapa, dia kata budak tu ada IC tapi cakapnya macam orang Indonesia. Pelik juga kenapa HR ambik budak tu , dia orang tak tahu beza ke?

Mau tak mau aku pergi jenguk kat HR, nak tenguk borang kerja dia. Memang sah IC Malaysia tapi tulisan dalam borang meragukan. Bahagian sekolah tak tulis apa apa, beranak di Hospital Selayang, alamat di Lipis Pahang. Ada tulis nama tapi tak ada tulis binti apa-apa. Pengabisan kata HR cakap bahawa perempuan ni sekolah cuma setakat darjah enam. Macam mana nak tahu IC tu betul atau tak betul. Jadi taliponlah ke Putra Jaya JPN. Dia suruh kita hantar surat kepada pihak JPN untuk pengesahan atau suruh budak tu pergi JPN buat surat pengesahan.... Cara ni lambat, naik bas pun bukan free.

Aku taliponlah kekawan kat atas bukit tu , kut boleh menolong. Dia orang cakap ini IC betul . Habis macam mana? Kalau IC betul pun , dia ni siapa ? Aku suruh HR sakat budak tu, minta tulis sekolah kat mana, mintak surat beranak ke...... HR panggil budak tu dan tambah sedikit cerita . Dia kata dia sekolah kat SG Taman Selayang (1) dari tahun 1996 sehingga 2005... Lamanya sekolah tapi setakat darjah enam sahaja dan aku tak pernah dengar nama sekolah SG Taman Selayang. 

Hari ni dia tak datang kerja pun................bukan salah aku.... dia takut kut... Member aku dari bukit nak turun tenguk betapa cantiknya gadis itu


Tuesday, September 28, 2010

Hari Raya tak habis

Salam sejahtera.............

Masih lagi dengan open house hari raya ? Itulah yang hendak aku cakapkan hari ini.... Semalam aku tak pergi kerja, badan sakit sakit lemah satu badan. Letih sesangat layan tetamu sampai pukul 3 pagi baru dapat tidur. Rumah orang miskin macam aku ni pun, ada juga orang sudi datang... Orang luarlah... adik beradik tak datang, dia orang sibuk sangat, lagipun jalan ke rumah aku gelap...tak nampak jalanpun.... sebab tu dia orang susah nak datang.
Bercerita pasal rumah terbukani adalah cerita buged lepas raya. Sama ada ada duit tak da duit, ada orang akan tanya kita " tak buat rumah terbuka ka ?" Jawab ajelah dengan senyum senyum..." ada"

Aku tak kisah apa apa pun pasal makan makan tapi pasal budak budak kecik je aku risau. Emak bapak dia pun tak kisah juga. Budak budak buat parti kat tepi longkang rumah aku. Panjat sane panjat sini, lubang longkang tu menunggu sangat. Kalau jatuh bukan sahaja pecah kepala, mati pun boleh. Bukan salah aku tak tutup longkang tapi besi longkang dah hilang dikebas orang yang gila besi buruk 

Apa nak kata, perangai budak budak macam itu.... agaknya begitulah.... 

Monday, September 27, 2010

Negaraku Tanah tumpah Darahku

Salam,
Semalam hari Ahad, aku kerja jugak. Orang kerja dihotel macam nilah. Hari minggu orang berehat dirumah kita masih berada ditempat kerja. Orang kerja kilang pun cuti Sabtu Ahad.... boleh jalan jalan sane sini. Orang Melayu memang suka macam tu, suka juga cuti selalu, suka kerja yang relax relax tak payah beban kepala otak nak fikir yang berat berat. Kalau tak caya tanyalah " kau kerja mane ?" Dia jawab " aku kerja relax je , best . bos aku pun ok je" Inilah dia melayu, bangsa aku jugak..................

Korang tau kat hotel ada kerja part time di Banquet, mane mane hotel cam tu lah , misti ada punya. Biasalah ada kerja susun meja, hias meja, letak makanan dan bagi orang makan seterusnya basuh pinggan. Hari cuti sekolah aku tenguk anak anak bangsa lain buat part time tulah. Aku tenguk muka dia orang siang malam dan ada juga yang tak balik rumah. Bayaran part time dapat , makan pun dapat dan tidur bilik hotel pun dapat. Function melambak sampai ada budak Banquet yang muntah muntah. bukan muntah mengandung dan buang anak tapi muntah tenguk duit. Anak bangsa aku, sedap duduk kat rumah, duduk kat CC, duduk sama girl friend dan bercerita panjang lebar tentang perjuangan bangsa. moral, menjadi suara rakyat , mengadap buku dengan penuh keyakinan..................... Siapa yang ajar benda ni.... Mat Saleh atau Jepun

Bapak pernah cakap... ya lah cakap orang tua " Tunku duduk diam diam, ini negara biar saya jaga saya perentah, cukup tahun tunku dapat elaun, cukup tahun dapat bonos ,cukup umur dapat pencen" Betul ke cerita tu?  Dulu selepas sahaja SPM anak anak bangsa aku tak mahu kerja kotor, tak mahu ke sawah, potong getah, sapu jalan, bahkan jual jering kat tepi jalan pun malu. Semua nak kerja opis, dudduk dalam air cond, kerja gomen. Dapat pulak kerja tu , pasal kat pejabat daerah tu ada suku sakat kita, busuk busuk pun kerja JKR. LLN atau Jabatan Parit dan Taliair.

Sekarang kabel berkabel pun ada jugak......yang datang penjuru kampung pun senang dapat kerja. Kita kat bandar ni , mohon sampai bertahun pun KIV...sebabnya suku sakat kita dah tak da dah... Lagipun suku sakat kita lebih suka tolong orang luar dari adik beradik sendiri. Suku sakat kita lebih suka bela indon, bela nepal, bela bangla...

Sekarang nikan bangsa aku nak ajak bangla tu makan sireh, ajak nepal tu bersunat ajak indon tu duduk satu rumah, peluk cium sayang, mengaku anak bagi surat beranak, bagi ic.... Betul betul masuk melayu tapi nyanyi lagu negaraku tak tahu.....

Raya tahun ni aku pakai baju melayu, aku pakai songkok,aku pakai samping sebab aku tahu bahawa aku ini melayu, inilah pakaian bangsaku. Aku tak perduli kalau Arab gelak kat aku, aku tak perduli kalau Scotland gelak kat aku, aku tak perduli kalau Pakistan gelak kat aku... Aku tetap Melayu yang pernah didik oleh penjajah supaya bersenang lenang, bergembira dengan joget lambak 7 hari 7 malam. 

Suatu hari ibu mertuaku bertanya padaku... " hang kerja apa? Hang kerja opisboy pun tak pa.... kerja tetap ada pencen"........ Nak buat macam mana ya......Aku nak tipu dia pun boleh .... aku nak cakap besar pun boleh..... aku nak cakap hari hari aku jumpa orang besar, PM . TPM . AAM pun boleh sebab aku ni kerja kat hotel....Cam mana besar pun aku tetap kuli . Kuli No One.....................................

Aku sayang kat emak mertua aku, dia orang tua tak tahu apa apa, kasihan kerana kena tipu dengan cerita rekaan , kasihan kerana sudah pun dapat bantuan warga emas, dari zakat, dari Jabatan Kebajikan......... Apalah yang nak dia dia beli ? Kain batik, gelang emas atau membela biawak hidup...................

Sunday, September 26, 2010

Mengejar Impian Dihujung Senja

Umur Maklong sudahpun lanjut dan sepertinya orang orang tua lain dia berkeinginan untuk pergi menunaikan haji ke baitullah. Maklong pastinya mempunyai duit tambahan lagi semua anak anak sudahpun besar dan beranak bercucu. Kalau dilihat dari kehidupan anak anaknya sudah tentu mereka boleh membantu Maklong diatas tujuan itu. Entah macam mana bapak sudah terlepas cakap. " Kalau kau pergi haji , aku bagilah sepuluh ribu" kata bapak kepada kakaknya.

Tahun ini tiba tiba Maklong menuntut kata kata bapak itu dan sangat berharap bapak dapat mengkotakannya. Anak anak bapak mula rasa tak selesa dan berbunyi disana sini. " Anak anak Maklong kan ada, harta mereka merempah ruah kenapa mereka tak tolong emak dia" kata anak anak kepada bapak. " Lagipun dah tua macam itu bagaimana nak pergi, kenalah ada anak anak mereka ikut sama dah tu lambat pulak daftar " tambah anak anak lagi. Bapak tak cakap apa apa , dia fikir duit itu adalah duit dia, lagi pun  duit yang hendak diberikan duit itu ialah untuk kakaknya.

Entah mana datanglah cucu Maklong kerumah pertengahan jun lalu, mereka membawab apak ke tabung haji dan mengeluarkan duit sepuluh ribu .Mudah sangat nampaknya pekerjaan mereka bila membawa bapak yang  dalam keadaan mata  rabun itu ke tabung haji. Anak anak yang berada dekat dan jauh lansung mengetahui hal ini sehinggalah disuatu hari bocorlah kisah itu. Kakak di kampungpun melompat marah dan dia kata kalau tak jadi pergi haji pulangkan balik duit itu. Ya lah siapalah nak pulangkan duit yang sudah diambil. Tiba tiba kedengaran berita lagi bahawa Maklong tak jadi ambil haji tapi nak pergi umrah sahaja. Anak anak bapak marah marah sangat dan panjang muncung mendengar berita itu.......................

Syawal 2010, Maklong terjatuh dirumahnya dan terkena stroke.............................. umrah ke mana haji kemana......... Aku berdiam diri, mengunci mulutku.............

"Ya Allah, seandainya rasa sombong, takabur,riya' dan sum'ah / menonjolkan diri dan kekurangan di dalam amal perbuatanku bagi Engkau masuk ke dalam hatiku sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap:La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah ."













Saturday, September 25, 2010

Macam Itu Cara Masuk Islam

Salam.
Tidak dinafikan adanya dikalangan kawan kawan kita dari bangsa asing dengan rela hati memeluk ugama Islam. Gembira hati kita mendengarnya tetapi banyak juga cut cet cut cet.... cerita di belakang. Banyaklah pertikaian dari kekekawan kita yang "Islam penuh" ni mempersoalkan tujuan sebenar masuk Islam itu. Tidak dinafikankan kebanyakkannya kerana mahu kahwin kerana undang undang di Malaysia tidak membenarkan perkahwinan berlainan ugama ini. Mau tak mau kena masuk Islam juga akhirnya dan beralah walaupun tak suka. Tapi ada juga yang benar benar ikhlas cuma yang merepeknya orang kita sendiri.

Kawan aku yang pertama seorang bangsa Filippina, bapaknya orang melayu tapi entah dimana. Dia tinggal bersama ibunya di Thailand. Dia datang ke Malaysia kerana bekerja, tiba tiba sahaja tertarik dengan ugama islam setelahnya puas pakai tangkal macam macam. Dia kata tangkal orang Islam sangat kuat, akhirnya dia masuk Islam di Kelang

Seorang lagi kawan perempuan aku bangsa China. Kerjanya sebagai EDP waktu malam , disebelah siang kerja jual tiket di Pudu Raya. Dia jatuh cinta dengan seorang budak polis di IPK yang berasal dari Johor. Tengah tengah malam minta aku ajar dia baca" mukadam:, masa tu dia pakai skirt pendik. Aku tak tahu mana nak tutup masa tu , nak tutup mata aku ke atau nak tutup skirt dia. Akhirnya dia kahwin juga tetapi usia perkahwinan tak lama. Puas naik mahkamah dan aku pun dengar lakinya ada dipersoalkan nafkah batin. Batin apa aku tak tahulah. Setahu aku laki dia dengan dia shift tak sama....... Sekarang anak anak dah besar besar dan dah pun kahwin mat saleh. Ugama apa dia sekarang aku pun tak tahu.

Seorang lagi pulak staff aku sendiri, budak sabah Guyang namanya. Dia ada berkawan dengan seoarang janda dan teringin nak masuk Islam. Aku ni bodoh sikit masa tu dan aku suruh dia jumpa bos aku yang aku fikir lebih cerdik dari aku. Seminggu dua minggu tak masuk Islam jugak. Bos aku kata dia ni masuk Islam pasal nak kawin. Masa tu ada juga kekawan lain cakap padanya "masuk islam kena sunat dulu " Jadi susah juga simamat ni dibuatnya. Akhirnya aku ambil keputusan bawak dia ke PERKIM di Jalan Ipoh. Masuk Islamlah dia dengan amannya. Tuan Imam tu suruh dia menghapal bacaan sembahyang dan bagi tempuh  selama satu bulan. Dia berjaya menghapal bacaan sembahyang dengan bantuan janda tu sehinggalah bersunat  juga dihospital . Setelah memiliki kad mulim dia tak kahwin dengan janda berkenaan sebaliknya membujang juga sehinggalah pulang ke Sabah dan meninggal dunia disana.

Sekarang ni ada lagi sorang perempuan cantik, budak sabah, nak masuk Islam juga sebab nak kahwin. Boyfriend dia orang melayu suruh dia ikhtiar sendiri masuk Islam. Si Boyfriend ni tak ambil tahu pasal masuk Islam ni tapi masukan benda lain boleh pulak.

Beberapa orang budak melayu pernah datang bertanya padaku apakah Islam itu? Aku jawab Islam itu bermula dari kebersihan maksudnya basuh punggung, basuh kemaluan, pakaian yang bersih, tempat yang bersih dan kemudian baharulah nak cerita pasal sembahyang. Hari ini aku tenguk budak budak pakai seluar yang sama waktu disekolah dan berkerja, kencing pulak berdiri. Faham fahamlah kalau kencing berdiri, mereciklah air kencing tu ke seluar. Dengan seluar kena kencing itulah mereka bawa bersembahyang. Ya lah. sembahyang cukup rukun cukup tapi bawa najis.

Pernah cikgu aku berseloroh suruh kami tanya kerbau sapi kat sawah tu tentang mandi junub. Dia kata kalau korang tak tahu mandi junub samalah macam kerbau sapi tu............. Jadi tak salah kalau aku cakap pasal kebersihan, zaman rasul dulu para nabi memperjuangkan soal  tauhid sehingglah lengkapnya 5 waktu solat . Jadi yang penting kebersihan dan taihid terlebih dulu..... Hari ni kekawan kita masuk Islam disuruh buat benda lain... abis aje kawin dia balik ugama asal...Yang mengajar pun tak habis belajar, yang khatam cuma bab mengauli isteri.... Wallahualam


Thursday, September 23, 2010

Nadia Memburu Cintanya

Dimanakah Nadia
gadis kecil yang manis
senyumnya adalah penghibur
ketawa dan lucu

Dimanakah Nadia
kudengar cintanya nan agong
pada jejaka itu
yang dimimpinya siang dan malam

Dimanakah Nadia
mengejari cintanya ke Utara
dengan penuh harapan
dimana lagi hujungnya

Nadia,
perkahwinan itu adalah perkongsian
yang dihidangkan masam dan manisnya
yang menanti takdirnya

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...