Saturday, September 25, 2010

Macam Itu Cara Masuk Islam

Salam.
Tidak dinafikan adanya dikalangan kawan kawan kita dari bangsa asing dengan rela hati memeluk ugama Islam. Gembira hati kita mendengarnya tetapi banyak juga cut cet cut cet.... cerita di belakang. Banyaklah pertikaian dari kekekawan kita yang "Islam penuh" ni mempersoalkan tujuan sebenar masuk Islam itu. Tidak dinafikankan kebanyakkannya kerana mahu kahwin kerana undang undang di Malaysia tidak membenarkan perkahwinan berlainan ugama ini. Mau tak mau kena masuk Islam juga akhirnya dan beralah walaupun tak suka. Tapi ada juga yang benar benar ikhlas cuma yang merepeknya orang kita sendiri.

Kawan aku yang pertama seorang bangsa Filippina, bapaknya orang melayu tapi entah dimana. Dia tinggal bersama ibunya di Thailand. Dia datang ke Malaysia kerana bekerja, tiba tiba sahaja tertarik dengan ugama islam setelahnya puas pakai tangkal macam macam. Dia kata tangkal orang Islam sangat kuat, akhirnya dia masuk Islam di Kelang

Seorang lagi kawan perempuan aku bangsa China. Kerjanya sebagai EDP waktu malam , disebelah siang kerja jual tiket di Pudu Raya. Dia jatuh cinta dengan seorang budak polis di IPK yang berasal dari Johor. Tengah tengah malam minta aku ajar dia baca" mukadam:, masa tu dia pakai skirt pendik. Aku tak tahu mana nak tutup masa tu , nak tutup mata aku ke atau nak tutup skirt dia. Akhirnya dia kahwin juga tetapi usia perkahwinan tak lama. Puas naik mahkamah dan aku pun dengar lakinya ada dipersoalkan nafkah batin. Batin apa aku tak tahulah. Setahu aku laki dia dengan dia shift tak sama....... Sekarang anak anak dah besar besar dan dah pun kahwin mat saleh. Ugama apa dia sekarang aku pun tak tahu.

Seorang lagi pulak staff aku sendiri, budak sabah Guyang namanya. Dia ada berkawan dengan seoarang janda dan teringin nak masuk Islam. Aku ni bodoh sikit masa tu dan aku suruh dia jumpa bos aku yang aku fikir lebih cerdik dari aku. Seminggu dua minggu tak masuk Islam jugak. Bos aku kata dia ni masuk Islam pasal nak kawin. Masa tu ada juga kekawan lain cakap padanya "masuk islam kena sunat dulu " Jadi susah juga simamat ni dibuatnya. Akhirnya aku ambil keputusan bawak dia ke PERKIM di Jalan Ipoh. Masuk Islamlah dia dengan amannya. Tuan Imam tu suruh dia menghapal bacaan sembahyang dan bagi tempuh  selama satu bulan. Dia berjaya menghapal bacaan sembahyang dengan bantuan janda tu sehinggalah bersunat  juga dihospital . Setelah memiliki kad mulim dia tak kahwin dengan janda berkenaan sebaliknya membujang juga sehinggalah pulang ke Sabah dan meninggal dunia disana.

Sekarang ni ada lagi sorang perempuan cantik, budak sabah, nak masuk Islam juga sebab nak kahwin. Boyfriend dia orang melayu suruh dia ikhtiar sendiri masuk Islam. Si Boyfriend ni tak ambil tahu pasal masuk Islam ni tapi masukan benda lain boleh pulak.

Beberapa orang budak melayu pernah datang bertanya padaku apakah Islam itu? Aku jawab Islam itu bermula dari kebersihan maksudnya basuh punggung, basuh kemaluan, pakaian yang bersih, tempat yang bersih dan kemudian baharulah nak cerita pasal sembahyang. Hari ini aku tenguk budak budak pakai seluar yang sama waktu disekolah dan berkerja, kencing pulak berdiri. Faham fahamlah kalau kencing berdiri, mereciklah air kencing tu ke seluar. Dengan seluar kena kencing itulah mereka bawa bersembahyang. Ya lah. sembahyang cukup rukun cukup tapi bawa najis.

Pernah cikgu aku berseloroh suruh kami tanya kerbau sapi kat sawah tu tentang mandi junub. Dia kata kalau korang tak tahu mandi junub samalah macam kerbau sapi tu............. Jadi tak salah kalau aku cakap pasal kebersihan, zaman rasul dulu para nabi memperjuangkan soal  tauhid sehingglah lengkapnya 5 waktu solat . Jadi yang penting kebersihan dan taihid terlebih dulu..... Hari ni kekawan kita masuk Islam disuruh buat benda lain... abis aje kawin dia balik ugama asal...Yang mengajar pun tak habis belajar, yang khatam cuma bab mengauli isteri.... Wallahualam


2 comments:

azieazah said...

Salam kenal.
Membalas kunjungan.

Nanti bila free, saya luangkan masa baca entri-entri yang ada...

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr said...

tulisan tuan, amat saya setujui dan kadang2 saya rasa tidak bangga jadi Melayu......

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...