Pada suatu hari aku duduk bersembang dengan arwah bapak mertuaku diatas tangga. Seorang cakap KL dan seorang cakap Kedah, jadi macam cerita itek dan ayam. Faham macam faham, ikut ikut cakap Kedah ni orang akan kata aku ni macam Siam masuk melayu
Bapak mertuaku mencarikan bahawa pada zaman dahulu terdapat sebatang pokok yang banyak buahnya. Yang pastinya buah kayulah tu... Aku ingat pokok rambutanlahtu................. Buah yang masak terlalu banyak terutama bahagian atas, manakala buah yang baharu yang masih hijau merinbun dibahagian bawah. Banyaklah orang datang mengambil buah buahan tersebut tetapi yang peliknya mereka hanya memetik buah buahan yang masih hijau yang berada dibawah. Aku berfikir tentu sekali pokok tu tinggi sangat atau atau musim orang buat jeruk.
Menurut kata bapak mertuaku bahawa akan datang disuatu zaman dimana orang tidak lagi memandang kepada mereka yang berilmu tinggi tetapi akan merujuk setiap permasalahan mereka kepada orang muda, orang bodoh dan orang yang kurang ilmu. Dia akan mengikutinya dan mempercayainya dan menjadikan sebagai pemimpin
No comments:
Post a Comment