Sunday, September 19, 2010

Kenapa Jadi Begitu

Karim bukan nama sebenar bersama kakaknya Fatimah telah menetap bersama abangnya di Datok Keramat Kuala Lumpur. Abangnya baharu sahaja berkahwin dengan seorang perempuan yang cantik yang berasal dari Melaka. Waktu mula mula tinggal bersama kakak iparnya, keadaannya baik sahaja tambahan lagi Karim baharu sahaja mendapat kerja di sebuah komplek yang berhampiran.

Selang beberapa bulan keadaan agak berlainan, kakak iparnya tidak mahu bercakap banyak dengannya dan cuma abangnya sahaja yang menyungut nyukut macam ada perkara yang tidak kena. Suatu malam ketika Karim pulang kerumah didapati rumah abangnya gelap. Dia meraba raba membuka pintu mencari suis lampu.Setelah suis lampu dibuka di dapatinya lampu itu masih tidak bernyala. Rupa rupanya suis besar di dalam bilik kakak  telah ditutup. Dia tidak berani mengejutkan kakak ipar dan abangnya sebaliknya berjalan sahaja di dalam gelap dan mengambil keutusan untuk tidur sahaja.Esoknya dia bertanya kepada kakaknya dan mendpat tahu bahawa kakak iparnya mahu menjimatkan duit api letrik maka dengan ini dia tidak dapat lagi menonton tv waktu malam.

Hampir setiap malam Karim menghadapi perkara yang sama. Pada suatu hari dia pulang dengan keadaan yang lapar dan seperti biasa dia masuk kerumah di dalam keadaan gelap. Dengan menggunakan  api pelita dia pergi kearah dapur untuk mencari nasi dan makanan untuk mengalas perut. Sampai sahaja di dapur dilihatnya periuk nasi berada di atas dapur. Perik nasi lantas dibukanya dan didapati tiada seulas nasi pun di dalam peruk itu dan keadaan dalam periuk nampak bersih sepertinya lepas dicuci. Karim tidak bertanya apa apa pun kepada kakaknya sebaliknya berfikir fikir kenapa periuk kosong yang sudah dibasuh berada di atas dapur..........................................

1 comment:

azmiroy said...

Bro > Karim dan Fatimah ni mengacau saja tinggal dirumah orang yang baru kawin. Sepatutnya mereka mesti faham yang kakak ipar dan abangnya suruh mereka cari rumah lain kerana menumpang free duit belanja rumah tak nak bagi.Masaalahnya Karim dan Fatimah tak faham2

Jadi Bro U kena bagi tahu depa ..he...he.

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...