Wednesday, July 31, 2013

Main Selak Selak

Salam,

Sudah semakin nak beraya. Duit pasti banyak keluar dengan tidak disangka sangka. Namun ada sedikit cerita bertahun tahun pm lihat berlaku...........

Bagi keluarga baru dan keluarga miskin adalah menjadi suatu masalah jika sipengutip hutang datang ke rumah dikala ini. Sepertinyalah kita ini banyak duit dan dapat bonos macam orang kerajaan. Dulu "time" puasa inilah TNB dan JBA datang memotong api dan air. Sekarang ini pula surat lawyer berterbangan datang menuntut hutang, bank bank pun pandai talipon suruh bayar duit rumah awal awal. Belum lagi kereta, indah water, corts, singer , celcom, TM dan macam macam lagi.



" Selamat pagi Encik, saya ini dari pejabat lawyer" begitulah katanya. Ada yang gertak nak blacklist kita, nak tahan gaji kita, nak bagi tau bank negara.........Namun semua ini adalah siaran berbayar.......Budak budak itu diupah bercakap macam macam untuk memberi tekanan dan ketakutan yang melampau. Akhirnya ada yang buta buta bayar dan melupakan soal raya mereka tahun ini.

Hutang adalah benda biasa, tidak ramai yang boleh beli tunai walaupun untuk persiapan perkahwinan. Nak kahwin kena pinjam bank, nak raya kena pinjam bank. Bank pun buat tawaran gila gila jugak. Siapa yang pinjam dia punya pasal. Kalau tak ada peminjam bagaimana bank nak hidup, cukai kerajaan pun jalan jugak.

Pinjam Along, tak usah ceritalah. Dalam suka tak suka ada juga yang pergi meminjam along tapi takkan nak beritahu orang. Malulah.....betul tak kak. Seorang kakak melayu pm jumpa di pejabat along beberapa tahun yang lalu. Pm dengar dia menjawab panggilan anaknya " emak kat bank ni" katanya.... Bohonglah tu... tapi susah kita siapa nak bantu kalau kita tidak pandai korek sana sini dengan kepakaran kita. Orang lain pandai cakaplah" apa pasal bil api kau banyak, kenapa tak bayar sikit sikit". Sedap sahaja bunyinya. Dia tidak tahu ke hidup ini bagai selimut pendek. Tutup atas terbuka yang bawah, tutup bawah terbuka yang atas.


Masa anak pm kecil kecil dulu keadaan seperti ini sudah ditempuh, namun masih ada orang yang baik hati hulur sikit sikit buat belanja. Yalah nak beli baju melayu untuk 4 orang anak lelaki dan 1 baju kurung untuk anak perempuan. Belum masuk lagi kasutnya dan tambang bas balik ke kampung. Emakbapak pakailah baju tahun lepas, tangan bini pulak bogel je tidak ada emas walaupun sejanggut udang. Bila balik kampung, orang pakat jeling je selepas tu bunyilah sok sek sok sek....Mengatalah tu....." Isteri adalah lambang keupayaan suami"


"Jangan bersedih" itulah nasihat orang...............Betapa berat mata memandang, beratlah lagi bahu memikul.......


Tuesday, July 30, 2013

Melawan Arus Di Persimpangan

Salam,

Hari hari tenguk TV waktu sahur. TV tu asyik ulang cakap ustaz tu sahaja. Biasanya juga pasal anak mendurhaka dan yang paling suka orang perempuan tenguk adalah pasal nikah kahwin. Semua perkara tembak suamilah. Suami tak adil, suami dayus, tidak memberi makanan halal kepada anak isteri dan yang lebih lebihnya adalah suami yang tidak pandai melayan isteri. Tidak berani aku komen sebab ustaz tu cakap ikut buku. Baru baru ni dia ada cakap " dah tua tua nak bercinta lagi ke, tak usahlah.... jagalah bini yang ada tu... Suka sangat orang perempuan dengar, apatah lagi tentang komen komen laki ni. Kalaulah begitu gamaknya, payah benoooooo agama Islam ni ya. . 



Sebelum ni ada jugak ustaz sebut pasal poligami. Banyak orang suka ustaz ni sebab dia kata kalau nak kahwin boleh tapi kenalah adil. Nak bagi bini main ribu ribu juga. Last last dia senyap je.....tau tau dia bernikah lagi dengan sorang anak dara yang baik punya. Dah lama tak tenguk mukanya dalam TV.

Bercakap pasal benda ini banyaklah orang marah. Marah kerana orang lelaki gatal sangat bagaikan tidak cukup cukup. Mungkin kita kena ikut macam negeri China, semuanya kena jadi SIDA.... Ha ha ha ha...


Waktu dulu dulu juga ada guru guru agama datang ke kampung berdakwah dan mengajar. Ada pakcik pakcik tu offer pulak anak dara dia. Jadi tok guru ni nak tolak ke ? Tentulah pakcik pakcik ni suka sebab tok guru ini dipercayai berlaku adil kepada isteri..... Ha ha ha ha...Korang yang lain tidak boleh dipercayai.

Sebenarnya manusia sedang berperang dengan lumrah alam. Air dari bukit turun ke bawah dan kemudian hendak pula dialirkan cara songsang. Lelaki nak jadi perempuan , manakala perempuan nak jadi lelaki. Benda benda terbalik dan tidak mengikut peraturan ini menyebabkan kebinasaan yang teruk. Andainya perempuan ada kejadian seperti lelaki bagaimana pula caranya ya ? Sebenarnya korang terlupa bahawa korang sedang mempertikaikan keadilan tuhan atau datangnya buruk sangka. Wallahualam

Monday, July 29, 2013

Hikayat Orang Tak Pernah Salah

Salam

Cerita Pertama

Seorang perempuan Arab bersama anak lelakinya yang berada di lobby hotel sambil menunggu bas. Anak lelakinya dibiarkannya bermain main di kawasan lobby menolak nolak trolly budak Bellman. Entah bagaimana trolly itu telah melanggar pasu bunga dan menyebabkan pecah. Pihak hotel menuntut ganti rugi bagi kerosakan pada pasu itu. Perempuan arab itu enggan membayar ganti rugi sebaliknya menyalahkan pihak hotel " kenapa membiarkan anaknya bermain trolly tersebut" 

gambar hiasan

Cerita Ke Dua

Seorang perniaga wanita datang menuntut hutang kepada pelanggannya kerana hutang sudah semakin banyak. Pelanggannya marah kepada si punjual tadi dengan kata " apa pasal kakak  tunjuk kat saya buku barang tu."  Bila dah tunjuk saya belilah katanya .



Cerita Ke Tiga

Sekeluarga Arab telah check in ke hotel. Selepas masuk ke bilik mereka keluar pergi membeli belah. Manakala Anak anaknya dibiarkan di dalam hotel. Anak anak arab ini telah keluar merayau rayau dipersekitaran hotel sehingga ke kawasan kolam renang. Salah seorangnya terjatuh ketika mandi manda. Berita kejadian itu telah sampai ke telinga keluarga mereka. Emak bapaknya datang sambil marah marah dan persoalkan kenapa pihak hotel tidak bertanggung jawab serta menjaga anaknya. 


Cerita Ke Empat

Sepasang kekasih telah lama bercinta sehingga terlanjur dan mengandung. Ibu bapa perempuan telah datang menyerang keluarga lelaki dengan kata " kenapa kau biarkan anak kau buntingkan anak aku "


Cerita Ke lima

Seorang lelaki Arab melanggan pelacur ke biliknya. Sehingga di waktu pagi beliau tidak mahu melepaskan pelacur itu keluar. Keadaan ini menyebabkan bapak ayam menjadi marah dan datang menyerang ke hotel. Pihak hotel telah dipersalahkan oleh lelaki Arab itu dengan kata 'saya tinggal di hotel kamu, kamu kena pastikan keselamatan saya "


Saturday, July 27, 2013

Baju Baru Di Rumah Baru

Salam.........................

Khamis lalu, Mak Usu bersahur di rumahnya, itulah sahur yang bermakna baginya sebelum ke masjid. Petangnya mak usu dapat memakai baju baru penuh wangi wangian. Ramai orang mengantar Mak Usu ke sana dan malamnya mak usu tidak perlu bersolat terawih lagi kerana dia telah berpindah ke rumah baru.


Inilah gambar Mak Usu yang aku ambil tahun lalu. Dia nampak sihat. Tahun ini dia ada talipon aku dan memberitahu  bahawa dia hendak membuat umrah lagi. Rajin benar dia ke sana. Dia suruh aku doakan dia sihat dan selamat sampai ke sana. Lepas ini Mak Usu tak perlu pergi umrah lagi dan juga tidak sempat melihat aku pergi umrah.

Jam 2.18 petang Khamis lalu, aku sampai ke Hospital Ampang. Waktu duduk di dalam bilik menunggu doktor datang memaklumkan bahawa mereka hanya ada 20 minit untuk usaha yang terakhir. Sepertinya Mak Usu menunggu aku datang dan kemudian pergi meninggalkan kami semua dalam seribu kenangan. Alfatihah...........

Thursday, July 25, 2013

Cinta Di Hujung Senja

Salam ,

Pm terpanggil lagi untuk menceritakan kisah ini. Kisah biasa tetapi janganlah ada orang mengambil hati dengan sebutan perkataan pm ini....

Dah lebih 10 tahun masa berlalu, zaman itu adalah zaman kegemilangan yang mana hidup penuh dengan kekotoran masyarakat. Di suatu pagi pm dapat panggilan talipon dari Balai Polis Jalan Bandar yang sekarang dah jadi balai polis trafik. Seorang ibu tunggal meminta pertolongan pm untuk melepaskannnya kerana TERCEKUP dengan seorang budak lelaki india. Pm buat pekak sahaja kerana tidak mahu mencampuri urusan yang boleh menyusahkan badan. Entah macam mana si janda itu terlepas juga akhirnya.

gambar hiasan

Selepas dari peristiwa itu pm jumpa seorang lelaki gemuk di tepi warung dan mengaku sebagai duda kepada si janda itu. Rupa rupanya kerja memerangkap janda itu adalah hasil dari intipan bekas suaminya. Dengan izin Allah selepas itu si janda ini murah rezekinya dan kemudian di naikkan pangkat. Hari hari beliau berpakain cantik, dan apabila bekerja pula memakai kot hitam. Baju kebaya dipakai semakinlah ketatnya sehingga menimbulkan segala anugerah Allah Suaranya pula mulai lantang almaklumlah zaman kegemilangan.



Seorang dari kenalan pm telah tersangkut kepada janda itu. Tua sama tua apalah orang kisah. Tapi kenalan pm ini kaki pembohong dan mengaku bahwa beliau ini anak datuk. Biasalah kalau dah anak datuk siapa yang tak mahu. Dalam masa yang sama ada lagi seorang lelaki tua di tempat kerja pm yang tersangkut dengan janda itu. Maka setiap hari adalah sahaja cerita menarik lantaran cemburu dan iri hati. Dia ni kata kawan kita tu " pencuci mangkuk" Orang ini kata dia juga pencuci mangkuk. Rupanya cinta orang tua lebih dahsyat dan sangat hebat sampai nak bunuh MEMBUNOH.



Kuasa Allah melebihi segalanya, orang tua yang syok dengan janda itu kemudiannya meninggal dunia secara mengejut di tepi jalan akibat jatuh. Manakala kawan pm yang mengaku anak datuk telah selamat bernikah dengan janda itu namun usianya tak panjang juga. Dia pun meninggal dunia juga dan meninggal janda itu terus menjadi janda....

Kesimpulannya bukanlah hina hidup sebagai janda akan tetapi berjaga jagalah diri. Di dalam mengharungi kehidupan ini hukum agama hendaklah dijaga juga. Kecantikkan , kegemilangan tidak kekal lama, kita ini akan beransur tua meninggalkan cerita pengalaman kepada anak cucu. 

Wednesday, July 24, 2013

Hikayat Orang Kampung

Salam.........

Di tengah tengah mula merasai semangat berhari raya, pm diselubungi ingatan keresahan. Anak yang sudah besar besar masih lagi pm fikirkan. Kata orang di dalam setandan pisang tidaklah semunya baik. Tapi itu pisang, pisang tidaklah sama dengan manusia yang berakal ini.



Seorang anak pm yang dikira baru hendak memulakan kehidupan ini didapati tidak menentu pekerjaannya. Nasibnya tidak begitu baik walaupun pm berusaha membantunya. Dia ini asyik terniaya sahaja dan hasil dari tekanan itu beliau berhenti kerja. Sebagai bapak kita ini hanya boleh memberi jalan, sebaliknya dia semistinya mempunya kekuatan tersendiri. Namun jika bekerja dan dapat gaji tidak menentu dan lewat tentulah kena ikhtiar cari pekerjaan lain. Sudah banyak cerita mengenai setengah setengah company memakan kudrat orang secara percuma dan kemudian kasi bungkus tanpa membayar gaji.

Memandang kepada keadaan anak pm membuat pm melihat orang bawahan pm. Mereka agak selesa walaupun sudah tua. Rupa rupanya semakin tua semakin nak senang dan semakin teruk karenahnya mengalahkan budak budak. Waktu raya inilah orang tua tua meroyan jadi budak budak yang tak pasal pasal "absent" dan menangis di malam raya.  Pernah disatu malam raya pm dapat panggilan talipon dari salah seorang isteri pekerja memberitahu bahawa suaminya sakit kena sampuk dan tidak dapat datang bekerja. Begitulah, orang yang tak ada kerja sibuk mencari kerja manakala orang yang sudah mempunyai kerja pula suka membuat benda yang bukan bukan. Sekarang ini suami orang itu sudah tidak kena sampuk lagi kerana sudah meninggal dunia......innalillah hiwaina ilaihi roo jiunn.


Sekarang ini pm tengah sangat sangat bersabooo dan belumlah masuk antu lagi. Bulan puasa ini bulan yang berkat dan penuh hikmah. Kata orang janganlah kita berburuk sangka kepada Allah kerana tiap tiap sesuatu terjadi tentu ada kebaikannya. Wallah hualam.......

Kepada mereka yang berada di luar sana pm nak nasihat jangan buat kerja kartun dan jadi pemalas . Ada orang berhenti kerja semasa nak raya ni dan selepas raya mereka cari kerja balik....Ada yang ttidak bekerja di sepanjang bulan puasa ini...Itulah manusia

Tuesday, July 23, 2013

Jin Mata Satu

Salam......

Kalau tahun dulu dulu, time ni orang sibuk sangat buat kueh raya atau menyusur di tepi sungat berdekatan Masjid India. Hari ini macam biasa je... Tempah kueh pun tidak, beli kain langsir juga tidak, beli baju raya juga tidak. Selamba sangat......


Sebenarnya raya ni untuk budak budak je. Dia orang je yang seronok kerana dapat benda baru baru. Kita ini sudah selalu sangat rayanya. Asal dapat duit gaji kira kita rayalah, masa itu boleh beli apa suka. Maka kita dah baisa simple simple. Pakai baju t'shirt dan kain pelikat pun dah kira raya dah. Lagipun raya tu bukanlah lama sangat, setakat pagi tu pergi sembahyang, balik sembahyang melawat kubur dan lepas tu makan makan makan makan makan......abihlah raya tu di depan TV...


Zaman ini manalah ada orang suka kunjung mengunjung....Asyik beraya di rumah sendiri sesama anak beranak. Maleh nak jalan jalan berheret heret dengan anak anak. Yang terima tetamupun macam ikhlas tak ikhlas je. Tambah lagi menu tiap tiap rumah adalah kueh yang sama. Rupa lain lain tapi rasanya serupa je. Kalau nak beli yang sedap sedap tentu harganya mahal dan kalau dah sedap dan mahal, maka makan sendirlah.... Mana yang tak sedap itu bagilah orang makan ......

Seperti biasa setelah berpenat makan, kita pakat tidur terbungkang di petang raya. Kenyang sesangat kerana membalas dendam sebab sebulan berpuasa. Itulah hakikat raya masa kini yang mana ostad ostad kena perbetulkan.....Malam nanti ada pulak pesta jantan betina....emak bpak tak marah... maklumlah RAYE.....

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...