Thursday, March 19, 2020

Cari Rezeki

Salam,

Setelah selesai kenduri kendara di bulan 12 2019, pm mulai rasa resah gelisah. Perasaan tanam anggor sangatlah menggelisahkan, bukan sahaja poket semakinn kering tspi juga bosan tidak tahu nak buat apa. Akhirnya atas pertolongan sahabat ..pm bekerja di salah sebuah hotel di Jalan Pudu


Masuk sahaja perasaan sudah berlainan rasanya. Bukan salah tempat itu tapi tekak sudah mulai kembang kembang. Nak cari makanan muslim agak susah. Nampak macam muslim tapi ada tanda merah dikepala. Ada kedai mamak tapi tak terasa mamaknya dengan sebab percampuran pakai pinggan mangkuk dan sudu...


Ada juga temui sahabat yang baik yang memang dah lama kerja disitu. Malangnya pm tak sempat belanja dia sebelum pm blah 24 jam notis



Di sini pm jaga puak puak nepal ni tapi tidak boleh bertahan lama sebab emak tiri disini sangatlah memeningkan kepala. Sesudah puas melayan, sudah puas bersabar, pm ambil keputusan...salam saja


Namun sempat pm keluar ke mesyuarat MAH pada bulan januari dan dapat bergambar dengan kawan kawan satu aliran




Hanya beberapa hari angkat kaki pm bertukar angin ke sebuah sekolah...Tak tahu apa jadi, tidak tahu berapa lama. anggap sahaja kerja orang pencen. Tak perlu pening pening kepala. Rehat dulu sehingga kekuatan kembali pulih. Kepada geng geng hr lama yang terbaca....su, wiza di edc....Siti dan Jannah di Pudu Plaza pm ucapkan selamat maju jaya... kini pm bersama Huda di IIUM School di Gombak......di pulak pening layan mulut becuk pm.....Akhir kata seperti kata pepatah melayu" ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya"......begitulah kita yang ada. Ambillah sikap rendah diri dan tidak apa pun yang kita miliki dibumi tuhan ini. Dengan kuasa Allah kita jatuh, dengan kuasa Allah kita bangun dan kemudian kita akan pulang kepadanya. amin....

Wednesday, December 25, 2019

Majlis Kenduri

Salam,

6hb disember 2019 aku terus melewati waktu pesaraanku walupun belum mencecah 60 tahun. Aku tanam anggor lagi dan meneruskan rancangan kenduri perkhawinan anak lelakiku bertarikh 14hb disember  2019.

Pejam celik pejam celik, hari dinantikan hampir tiba. Bermula dari pasang khemah berkemas dan segalanya. Kenduri kendara secara berkampung menyaksikan kerjasana anggota keluarga dan jiran setaman yang bergotong royong demi menjayakan sesuatu majlis.
                           
DJ group adik pm

Pasang pelamin

Masak memasak adik beradik pm dan org taman

Akhirnya masa ditunggu pun tiba. Pm mahu melihat kejayan itu walaupun hujan turun seharian pada hari tersebut.
Juru kamera anak angkat pm

bahagian basuh membasuh

geng tugasan jaga lauk bahagian depan

tukang jaga air batu 100%

 

Segalanya kemudian bermula bermula dengan kehadiran jiran tetangga, jiran dekat dan jauh, para sahabat handai serta kenalan, saudara mara, rakan rakan pejabat dan geng surau. Waktu inilah berlaku segala pertemuan yang mana dahulunya lain sekarang juga lain. 


Kemeriahan melupakan segala suka duka, segala yang lepas mungkin ada singgung menyinggung.

Abang sulung pm yang kini berada di mekah menunaikan umrah

Sahabat dari pihak hotel tempat pm bekerja.

Ahli keluarga dan biras

Semuanya berjalan baik dan lancar walaupun adalah sikit sikit tak kena, namun adat kenduri memang begitu, gurau senda tetap ada...test test itu biasalah. asalkan selamat sejahtera semua, boleh makan dan minum dengan baik. Janganlah hendaknya ada berasa tak selesa, balik demam  dan segalanya...


geng surau

Kenduri kendara berkampung mengikat siaratulrahim. Pengantin kena ingat bahawa hari ini adalah hari kita, esok hari orang lain. hari orang berpenat lelah menolong kita, dah tiba masanya kita membalas budi orang lain. Maka baik dibalas baiklah jua.........begitulah sebaliknya..


bersambung lagi

Wednesday, November 20, 2019

Hidup Jangan Banyak Karenah

Salam,

Kali pertama benar benar aku mula masuk ke kawasan Chow Kit Kuala Lumpur adalah pada tahun 2007 iaitu pada masa aku mula mula bekerja. Selain dari itu sebelumnya hanyalah berjalan jalan di jalan besar iaitu Jalan TAR. Banyak aku dengar berkenaan Chow Kit ini tapi pada tahun 2007 aku tenguk macam biasa sahaja dan tidak seperti yang digembur gemburkan. Kalau setakat ayam itek pondan , mat pit, kaki paw itu biasa sahaja bagiku. Cuma di tempat orang melayu ni, ceritanya agak melebih sikit.




Di tempat kerja aku banyak orang menginap, maklum sahajalah hotel. Ada diantara dia orang suka mencari pasal masuk ke lorong lorong sundal. Akhirnya wang ringgit kena samun, kena curi kemudian balik ke hotel mengadu cerita bodoh mereka. Kalau pergi balai polis membuat laporan tentulah kerjanya sia sia sebab penyamun memang tidak akan tunggu di satu tempat. Bermula dari itu aku mula berkenal dengan seorang lelaki yang bernama Pak Lias. Dia membuka ruang bagiku mengenal geng kaki penyamun itu. Itupun setelah budak budak aku yang berani mengetuk rumah rumah sundal untuk mendapatkan duit yang dicuri. Memang geng itu marah sangat ketika itu, bawa parang diatas motor mencari kami. Namun setelah bertemu Pak Lias, puak ini menjadi lembut dan maklumkan bahawa kalau terkena masalah itu terhadap tetamu hotel kami, mereka akan bekerjasama. Maka selesailah perkara itu...........



Hampir setiap hari aku makan di sebuah kedai Acheh, kerana kesukaanku adalah makan perut lembu masak lemak. Arwah kawan aku bernama Mohd Nor sering makan bersama, hari ini aku bayar, esok dia bayar makan kami, begitulah seterusnya. Bercampur orang Acheh ini tidak ada masalah, dia nak buat apa dia punya pasal tapi jika pihak mereka hendak tutup jalan kerana ada perayaan dan melibatkan jalan kami, mereka akan bersopan datang berbincang.

Akupun tidak banyak masalah kerana Ketua Balai Polis Chow Kit pada masa itu adalah kawan aku juga. Disamping itu aku banyak kenalan dari DBKL, Alam Flora, Bomba, PDRM, JKKP, KKM yang memudahkan kerja aku sepanjang 10 tahun iaitu sehingga 2016.  Penghujung 2016 itu aku berhenti kerja kerana hotel tutup dan berehat di rumah, kerja sikit sikit , pergi umrah dan sebagainya.

Tahun 2017 aku di panggil semula ke tempat yang sama dan bekerja hampir 2 tahun sehingga kini dan akan menamatkan perkhidmatanku tak lama lagi.

Dalam gelak ketawa, hidup ini berlalu begitu sahaja. Aku tak jumpa apa yang aku kejar dan tak tahu apa yang aku cari. Cuma sekadar kerja dapat duit, hidup berbelanja berpakaian berkeluarga. Aku tidak seperti orang lain yang banyak mengumpul harta, beli kereta dan rumah yang banyak.

Aku sudah jumpa geng mengumpul duit, kerja kuat menipu sana sini, telan apa sahaja yang tidak pernah cukup. Kelihatan dia senang, boleh beli kereta, beli rumah, berjalan jalan ke luar negara bersama sama keluarga. Dia nampak sihat sahaja dan tidak seperti yang selalu diceritakan dalam drama yang mana orang seperti ini mati terbenam dalam tanah separuh badan.

Aku juga jumpa, orang yang membeli rumah ayam, lalu membena surau di atasnya, selalu pergi ke Mekah ulang alik kerana berniaga.  Aku juga jumpa kedai mamak yang saling bertukar orang setiap setahun atau 6 bulan, lesen kedai  entah nama siapa tapi kerap balik India. Aku jumpa juga orang asyik makan free berkumpulan tapi sorang je bayar untuk dirinya, padahal tuan kedai tak boleh bertindak apa apa.

Semua ini adalah kedurjaan hidup manusia yang tidak boleh kita hukum syurga dan nerakanya..... Hidup ini pantas, patah tumbuh hilang berganti. Ada sahaja orang tergolek mati di lorong tanpa keluarga. Sesudah mati itu, dia tak perlu fikir apa apa, nak makan apa, sebaliknya orang yang hidup masih perlu berjuang,kayuh rompak tipu apa yang ada. Yang hidup perlu memfitnah orang membusukkan , menindas orang untuk terus bahagia.

Siapa mahu jadi orang baik, dipersilakanlah........kejujuran memang tidak dapat membeli kebahagiaan dunia. Orang masjid dan surau akan mencuri duit dalam tabung kerana memikirkan keperluan sendiri. Semua itu adalah nafsu yang wujud sejak dari dalam perut ibu. Mereka bersolat ramai ramai, bermaksiat juga ramai ramai sehingga disuatu hari datang pertunjuk sebelum nyawa dihujung kerongkong.



Tuesday, November 19, 2019

Perjalanan Pengakhir Hidup

Salam, 

Apa yang kutulis ini hanyalah sekadar pendapat dan cerita, tidak kena mengena kepada yang hidup atau yang mati....................................

Beberapa tahun yang lalu aku pulang ke kampung menziarahi  mertuaku yang  sakit tenat. Malam itu kulihat dia sangat uzur.....Anak cucu yang hadir tidak dapat menahan air mata, seolah olah perpisahan itu semakin dekat jaraknya. Tapi kuasa allah meletakkan kedudukan berpantang ajal sebelum maut. 

Pagi esoknya, setelah melihat keadaannya yang normal, anak cucu mula beransur ansur pulang. Pagi itu sempat aku bergurau dengannya dengan kata " kita berpisah tak jauh emak, hanya sebelah alam saja".............Dia mengerling padaku, macam marah tapi tidak pula pada kesudahannya. Anak anakku bersalaman dengannya kerana kami juga akan pulang ke Kuala Lumpur pada petang itu

Setelah semua bertemu dengannya, maka tibalah giliran aku menghampirinya. Aku mula bertanya kepadanya...." mengapa emak ?  " justeru kerana melihat kegelisahannya. Dia menjawab" emak takut siksa kubur tu" Dia benar benar normal berkata kepadaku ketika itu. Aku cuba menghilangkan keresahannya untuk memberi keyakinan. "Emak, jangan perdulikan apa yang berlaku, segala apa yang ada di badan kita hanyhalah sampah sampah yang tidak dibawa pergi" kataku padanya. " Emak cuma ingat allah" kataku lagi.

Itulah kata terakhirku padanya. Sampah sampah maksudku adalah najis tahi dan kencing dibadan yang dicuci cuci tetapi tetap tidak terkawal. Hubungan kita dengan tuhan tidak ada kena mengena dengan najis tersebut. Kalau kita mengira amal hendak dibawa tentulah sedikit, bahkan tidak pernah banyak untuk menembus siksa kubur atau menempah syurga. Matlamat hidup dan mati adalah kerana Allah dan bukan menagih upah.



Akhirnya beliau pergi meninggalkan kami semua bebrapa bulan kemudiannya diikuti oleh kakak iparku pula. Kini tinggallah aku berjuang bersama sampah sampahku menanti hari  dan waktu untuk  dipanggil menghadap tuhan.

Semuga rohnya dan kakak iparku dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan. Amin.......

Monday, November 18, 2019

Saat Saat Akhir

Salam,

Pm masih lagi meniti hari menunggu masa untuk melepaskan jawatan.....sudah hampir benar dan cuma tinggal beberapa hari. Tentu ada banyak gambar kenangan sebelum meninggalkan meja rundingan.



Dalam gelak tawa itulah semakin hari semakin banyak rakan tak ada dan akhirnya kita jadi orang terakhir meninggalkan tempat ini


Tidak ada yang kekal dan malahan seperti orang kata, patah tumbuh hilang berganti. Dengan ketiadan kita, bukan bererti bangunan akan runtoh....tidak sama sekali. Orang yang tinggal akan meneruskan kegembiraan.......



Orang seperti kita akan ditemui orang dimana mana pun.....bukanlah hebat sangat..sekadar untuk memenuhkan pelakun di dunia ini.



Akhirnya kita seperti jua orang lain yang mengucapkan selamat tinggal kepada kawan kawan, selamat tinggal EDC Hotel, selamat tinggal UUM.....yang pastinya pergi tak kan kembali...


Semuga dipermudahkan Allah diatas segala urusan, amin amin..ya rabbil alamin


Friday, November 1, 2019

Perjalanan Terakhir 2019

Salam,

Syukur alhamdulillah, hampir dua tahun sudah pm berada di tempat ini. Melihat berbagai ragam, berbagai cara dan corak kehidupan orang. Kini pm dekat nak pencen dah dan tinggal beberapa hari sahaja. Bagaimana perasaan sebenarnya....

Sebetulnya seronok kerja dan dapat gaji dan kalau berhenti pun bukan ada duit masuk ke saku. Tapi kita kenalah terimalah hakikat bahawa perkhidmatan kita telah tamat tempoh. Mungkin berhenti kerja dan relax sekejap dan selepas itu buat kerja lain dan tidak mengira soal gaji...asalkan kerja...


Pening memang pening, lari macam mana pun pening. Tapi terimalah hakikatnya bahawa kalau tak pening bukanlah kerja namanya, lebih lebih lagi duduk dalam kelompok sendiri. Kita belajarlah buat kumpulan terbaik. Ketawa bersama menangis bersama, kalau tenggelam pandai pandailah gapai apa yang patut. Kata orang tua, berpautlah walau hanya pada sehelai rambut.


Bekerja di tempat ini memang makan pun sedap...adakala main "sign' saja, sehingga ke tahap tidak boleh "sign" dah. Hidup dalam satu keluarga besar, berlaga hidung berlaga pipi, ada tinggi ada rendah semistinya gurauan itu menjadikan singgung menyinggong. Kira ok je lah....esok jumpa berbaiklah semula....


Melihat kepada potret ini, seperti pm nak memangkah satu satu macam filem 6 jahanam. Apa yang nyata, para sahabat ini kebanyakkan telah tiada. Ada yang pergi tidak kembali, ada yang pergi akan diganti dan ada yang pergi justeru kerana panggilan rezeki.


Pm masih berada disini meniti hari....esok lusa tulat tonggeng....proses penghapusan sedang berjalan..entah bila entah dimana...........

Pm sempat jumpa Tuan Guru dan ambil gambar bersama, jadi kenangan, mana tau ada orang belanja selepas ini....tidaklah kosong ketika melawat Darul Iman.......


Ha ha ha ha...dulu pun ada ingat nak jadi penyanyi...tapi suara kita tak sedap. serak tidak, basah pun tidak. Akhirnya jumpa tok ramli, sempat bergambar...tok ramli pun bukan kenal pm ..tapi dah tempat keroje pm....dia lalu jugaklah


Sebetulnya ada banyak gambar, untuk diisi dalam blog ini sebagai kenangan. Cukuplah sekadar ini, asal ada entry...nanti bila  dah pencen...pm akan menulis lagi.....


Friday, September 13, 2019

Bunian Kampung Pisang

Salam,

Pembohongan itu sangatlah mudah dan ramai akan percaya. Adakalanya perlunya pembohongan untuk menutup keaiban seseorang.......mungkin keterlalaluan tapi perlu.......



Seorang gadis manis putih melepak selalu dicuri pandang oleh ramai pemuda. Sekali pandang mungkin menimbulkan   seribu bayangangan. Gadis itulahlah yang sering menyediakan aku nescafe tarik di warung pisang itu. Sudah lama aku tidak ke sana. Ku dengar gadis itu telah tiada, dia berhenti kerja pulang ke kampungnya. Dia terkena fitnah......

Sahabat sahabat yang sering ke warung itu ada menceritakan bahawa gadis ini telah dihamili oleh orang bunian. Kandungan itu semakin hari semakin membesar.  Menurut kata sahabat, setiap kali azan berbunyi, perutnya akan mengembang dan kemudian mengecil semula apa bila azan berhenti. Berpandu kepada kisah tu.........kita percaya sememangnya gadis ini telah diiniaya.................jahat betul bunian ni. Menurut kata lagenda orang tua tua, kes hamil begini pernah terjadi. Perut akan kempis di hari kelahiran tanpa rasa sakit..........Sahabat sahabat yang menghubungi keluarga gadis ini mendapat jawapan bahawa perkara seperti ini adalah biasa dan pernah terjadi kepada keturunan mereka........Sahlah keturunan gadis ini memang hebat hebat dan mendapat tempat di hati bunian. Tentulah bapak bunian itu hensem segak, pandai memilih wanita cantik di kalangan manusia walaupun cuma bekerja di warung pisang.

Setelah berhari hari gadis itu menghilang diri, khabarnya pulang ke kampung halamannya. Takdir Allah yang maha kaya, terjadi kesakitan bersalin semasa  dalam perjalanan itu. Para para penumpang bas yang sama menjadi kelam kabut di waktu itu. Nasib baiklah ada seorang makcik berbaju merah menawarkan diri untuk menolong dan menghantarkanya ke hospital. Dia bersalin normal, bayi lelaki.....perutnya pun kempis seperti kisah lagenda dahulu....Rupanya kes ini terjadi kerana dia tersilap makan pisang di warung itu . 

Berpandu kepada kisah ini, aku ingin berpesan kepada sekelian anak gadis, janganlah cuba makan pisang terutama di musim  hujan.....bahaya,  kerana pisang ini kesukaan bunian jantan..............

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...