Followers

Sunday, February 19, 2012

Janganlah Suka Sangat

Salam,

Hari itu kami semua berkumpul sekeluarga, bukanlah ada kenduri kendara cuma mahu berjumpa bercakap cakap di musim cuti yang tidak seberapa hari itu. Seperti biasalah kaum wanita duduk berhimpit ramai ramai masak memasak makanan rengan sambil makan ketupat. Kalau tidak makan ketupat bukanlah "perempuan "namanya manakala kaum lelaki sibuk telentang sana terlentang sini, megheloh dan tidak memperdulikan apa yang orang perempan buat. Budak budak masih sibuk bermain bola di tepi halaman walaupun hari melewati malam............................... Ada orang beranak kecik juga datang menumpang sama sambil mengelek anaknya ke hulu ke hilir. Pendek kata malam itu adalah malam bersuka suka, manakala pm menonton tv sendirian sambil tv itu sendiri menonton pm pula..................


Baru sahaja melayang layang , merewang rewang entah dimana tiba tiba 'biras' pm datang memberitahu bahawa cucu sulungnya menangis dengan kuat tidak mahu berhenti. Budak perempuan dalam usia 3-4 bulan apalah tahunya kalau tidak menangis. Tanpa melengahkkan masa pm pun pergi ke biliknya dan dapati benar bahawa bayi itu sedang menangis kuat, kakinya keras  manakala matanya ditutup rapat. Waktu itu sibuklah orang orang perempuan yang ada datang cuba melegakan keadaan. Makin dipanggil makinlah kuat tangisnya. Sebenarnya pm sendiri tak tahu nak baca apa, nak jampi apa melainkan cuba berfikir apa nak buat...............

Pm agak budak ini kembong masuk angin, si ibunya kata anaknya ok, jadi kenapalah agaknya. Jadi perkara pertama suruhlah datuk dan neneknya dukung, kut kut mahu senyap, tapi tak jadi jugak...Nak kata ada hantu, tak pula nampak melompat atau berguling guling disana.

Ayah dan ibu moden ini susah nak cakap tapi mungkin dia berniat untuk memudahkan kerja. Perkara pertama  yang patut ibubpa bawak balik ke kampung adalah buaian...paling paling bodoh bawaklah besinya sahaja, manakala talinya boleh kita cari dan bolehlah digantung di bawah rumah atau di bawah pokok.

Mahu tak mahu carilah bawang putih setelah dipecahkan dicampur dengan air dalam mangkok. Baca sahajalah apa yang ingat....tengah kelam kabut tu semua ayatpun tak tersusun......Renjis sana renjis sini untuk membusukkan ruang bilik...Kesian bilik orang baru beranak satu tu...busuklah malam tu...Sambil sambiltu panggillah mana mana neneknya yang lebih serasi dan suruh panggil nama budak itu bagi mencari perhatian. Alhamdulillah dia mulai senyap dan mahu kembali ke pangkuan ibunya untuk menyusu...........

Setelah semuanya reda pm pun beredar...........baru sahaja melalui pintu bulu roma mula meremang kuat...Memang orang bodoh seperti pm tidak boleh mengesan apa apa ketika di dalam ruang bilik itu..Petua cikgu lama bercakap kalau kita terasa meremang bulu roma tanda benda tu jaraknya 10 meter dari kita...Hanya allah yang tahu, pm ni sifat binasa tak tahu apa apa. Apa apapun kira perkara dah selesai........
Esoknya barulah dengar cerita melayu disana sini, ada orang nampak pontinak terbang dekat pokok di depan rumah senja tu, ada orang dengar perempuan bercakap cakap waktu malam...ada benda hitam atas pokok dan macam macam lagi....

Moral cerita ini senang je....kita ni bodoh tak tahu apa apa dan tumpang kelam kabut sekali. Soal bawang putihtu tak ada apa apa, biasalah kalau masak masak kena pakai bawang putih.....

3 comments:

azieazah said...

Membaca citer, nampak ada kaitannya. Kemungkinan besar, ianya benar.

Mak saya pun selalu pesan, jangan suka sangat. Sebab nanti ada benda lain tumpang suka sama.

uishhh

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Seronok membaca setiap entri PM ... ada mesejnya

Panglima Muda said...

orang tua mengajar anaknya melalui cerita