Followers

Monday, February 20, 2012

Rindu

Salam.........dari semalam mahu menyebut perkara ini dan biarlah pm menceritakan dalam n3 ini.

Syukur alhamdulillah masa sudah lama berlalu, dulunya pm sakit teruk selama 3 bulan, macam orang gila dan tidak siapapun mahu dekat. Makwee lagilah tak suka......Tapi orang tak tahu bahawa penyakit seperti orang gila itu adalah rahmat Allah........Tapi jangan cuba cubalah.......nahas nanti...

Arwah abang Lan waktu itu tidak mengenepikan pm walaupun pm sering duduk di bawah pokok mengelamun mencari erti alam. Pm sering melihat matahari terbit waktu pagi dan tenggelam waktu petang, melihat wajah bulan mengambang. Pm bukan mengelamun membena puisi dan sajak, bukan juga untuk menghafal skrip skrip drama tetapi tenggelam dalam menghayatinya, merasai suasananya. Inilah kerja pelik yang bukan sengaja diada adakan.

Setiap hari pm berada di rumah arwah itu, bersembang dengan segala apa cerita, bertanya tentang sesuatu yang kabur namun pm kurang berkesempatan untuk menulis. Hari demi hari cerita bersambung tanpa putus tanpa pena tanpa kertas putih sehinggalah disuatu hari datang seorang perempuan menemui pm. Dia menghidap penyakit kerongkong. Dia berubat sehingga pulih dan seterusnya menjadi murid arwah, begitu juga  seorang lagi rakan kawan pm  berbangsa pakistan yang pada waktu itu sibuk mahu belajar silat. Pm tidaklah sanggup nak mengajar sebaliknya menyerahkan dia kepada abang pm itu. Kedua duanya kelihatan tekun belajar dan  hampir setiap minggu berada di rumah arwah abang. Suatu hari pm dengar mereka pergi ke Pulau  Besar untuk meningkatkan pelajaran yang mana pm sendiri tidak pernah menjejak ke sana. Bagi pm mereka mungkin lebih tinggi pengetahuan dari pm kerana tekunnya belajar dan tidak seperti pm yang hanya menghabiskan masa bersembang.

Setelah arwah abang meninggal dunia pm menjadi seperti anak yatim piatu, tiadalah tempat hendak mengadu. Segalanya dijalani dengan sendiri sendiri. Walaupun ramai orang berkata mengadulah kepada Allah Taala, kata kata seperti itu hanyalah kata kata. Banyak orang telah mengadu kepada tuhannya tetapi ianya masih buta tentang tuhannya. Orang yang buta akan meraba raba dalam kegelapan, kegelisahan mencari cahaya sebagai panduan.  Orang buta harus diberi tongkat untuk mereka terus tegak berdiri walaupun hatinya begitu gelap dan kelam.......Pm adalah salah seorang dari mereka dan kerana kebutaan itulah ibadah tidak membantu sebarang perubahan sebaliknya hidup seperti air yang lalu....Lalu segolongan umat manusia berkata" bertawakkallah...." Mereka mempromosi perkataan tawakkal sebagai ceramah hebat dan juga membena hospital tawakkal"

Hanyalah pada hari ini pm sendirian mencuba mengingati nasihat nasihat abang di dalam ceritanya di masa lampau, mencari keyakinan dalam diri pm. Seperti yang pm katakan tadi, anak murid yang lain mungkin lebih beruntung kerana mereka mempunyai buku untuk merujuk segalanya bahkan mungkin mencari tuhan di dalam bukunya................ Wallahualam


1 comment:

gadisBunga said...

beruntung uncle sebab kenal arwah.

sedekahkan alfatihah...semoga arwah tenang di sana...