Followers

Tuesday, February 14, 2012

Ular Berbisa

Salam......Bahagian (2) bermula hampir seperti yang diatas tapi kelainan sedikit...........

Seperti biasa pagi pagi lagi pm diseru ke meja pendaftaran. Ada seorang gadis manis terpinga pinga tidak dapat menjelaskan bil hotel, mungkin jumlahnya tidak banyak setelah ditolak deposit tapi semuanya telah terjadi.......

Malam itu dia bertemu seorang lelaki yang mengaku kerabat di raja dengan panggilan " tengku". Tengku ini mengajak gadis itu berjalan jalan sekitar Kuala Lumpur. Seperti yang terjadi dalam apa cerita sekalipun si Tengku ini akan belanja gadis itu makan menunjukkan kemurahan hatinya dan gadis itu tentu berbesar hati kerana dapat berkenalan dengan kerabat diraja. Dari meja makan mereka check in ke hotel. agak pelik juga kalau si gadis itu mengikut sahaja. Menurut kata gadis itu, si Tengku hanya menghembuskan asap rokok kepadanya membuat dia terikut. Allah sahaja yang tahu.

Bangun tidur diwaktu pagi , si Tengku telah menghilang diri dan sudah puas di cari disekitar lobby hotel tidak berjumpa. Si Gadis meminta pm menghubungi teman lelakinya iaitu seorang anggota polis. Dengan izin allah teman lelaki perempuan itu datang bersama sama rakan rakannnya. Apakan daya teman lelaki itu hanya mampu melihat kerana nasi sudah menjadi bubur. Sehinggalah ke hari ini pm tidak temui teman lelakinya itu, entah kahwin entahkan tidak dan tidak ketahuan kemanakah hujungnya.

Cerita seperti itu banyaklah berlaku dimana mana sehinggalah ke hari ini. Wanita mudah terpedaya dengan cerita dongeng anak raja semenjak zaman dahulu kala. Ada juga kisah wanita berkahwin dengan ular yang waktu malamnya adalah manusia. Padahal ular berada dimana mana dan dimiliki oleh semua manusia. Sebagai  penonton kekadang kadang kita sendiri tidak percaya tentang kebenaran si gadis itu.......Anak gadis sebenarnya tidak merayau waktu malam walaupun di dalam Kuala Lumpur ini terlalu banyak sekali. Sekali lagi pm sebut, anak gadis tidaklah merayau rayau di malam hari.....Adakah pm salah ?




6 comments:

Citarasa Rinduan said...

Ya Allah.. simpati dgn nasib perempuan itu

tapi, bagi PM.. perkara itu sudah lali kerana PM sentiasa hadapi masalah tersebut
salam perempuan itu atau lelaki kerabat diraja tersebut.
semuanya bergantung pada niat mereka masing2..

Panglima Muda said...

nanti ada tambahan cerita lain pulak

Nong Andy said...

bertanya Dgn muka tak malu..

er.. apa kaitan dgn ular berbisa tu PM?

ular tu setan yg duduk dlm hati manusia ke?

Panglima Muda said...

ular tu biasa je....alahai ular

[PCL] said...

ular berbisa, kena patuk mesti sengsara...ada nasiht yg pm nak bagi kita ...kena pikiq lebih tu.

Nong Andy said...

sy tidak berlagak pandai sebab tu x malu bertanya. karang sesat jalan :p