Followers

Tuesday, July 2, 2013

Hari Semakin Senja

Salam,

Apakah jenis sukan yang anda suka ? Pm yang suka bersendirian itu tidak bermain bola, walau apa jenis bola pun. Orang cakap pm kaki bangku, main bowling tentu jauh sekali. Badminton, hoki, tenis juga tidak. Entah macam mana cikgu sukan pm itu pilih pm untuk masuk gymnastic . Waktu itu ada orang jepun datang mengajar di Stadium Negara.


Berpusing pusing dan terhentak sangatlah sakitnya dan memerlukan tenaga yang kuat juga. Maka kelakuan melompat lompat ini di bawa juga ke gelanggang di waktu malam. Pelik dari orang lain...........

Pernah juga masuk tarian tapi kena tendang sebab muka pm tidak hensem menawan dan tak boleh ow ow ow. Akhirnya duduk di pentas teater didikan Anak Alam. Barulah pm tau bagaimana untuk mengatasi perasaan menggelabah di tengah pentas yang menyebab skrip terlupa. Beradat juga tidak boleh membelakangkan ponggong manakala suara begitu kuat tanpa pembesar suara. Dengan pengalaman itu pm tidak lagi takut kepada microphone .....bahkan boleh melalak dengan suara yang sumbang.

Bila dah tua ini, pm selalu mengelak untuk melalak di rumah orang kahwin, bahkan jarang untuk menampilkan diri. Maklum kepala dah botak dan badan juga kurus sehingga tiada yang manis lagi. Sebagai orang yang dah tua eloklah duduk di tepi tepi dan memberi orang muda muda menunjukkan bakatnya. 

Waktu kecil pm menyepi diri waktu begini pula menjadi orang tua sebelum sangat tua..............
bersama kawan di Bentung , Pahang

2 comments:

Ayah Zain said...

salam ziarah pak din ye

Queenie said...

kisah benar yang mencuit hati...:0

apa yang ow ow ow tu PM? keh3