Followers

Wednesday, July 3, 2013

Ibu Mertuaku......

Salam,

Kerana kejadian wanita itu bermulanya dari "perasaan," tentu sekali kehidupannya penuh bunga bungaan. Mereka menjadi gadis yang cantik dan seorang ibu yang baik tetapi belum tentu boleh menjadi ibu mertua yang terbaik.....................................



Anda sebagai seorang menantu perempuan belum tentu berada di dalam keadaan selesa. Dengan ketidak kemampuan suami atau kerana atas sebab sebab tertentu , anda memulakan hari keindahan anda di rumah suami anda bersama seluruh keluarga mereka. Dari hari pertama, kedua ke tiga dan seterusnya, kemanisan tidak terus berkekalan. Tidak kira anda siapa, seorang peguam, pekerja kilang, ustazah atau juga cikgu, anda tetaplah menantu yang menjadi orang asing dalam segala bentuk. Apa sahaja anda buat dan lakukan,  tidak akan terlepas dari pandangan. Jangan mimpilah untuk bergurau gurau dengan suami atau baring baring diatas pangkuan di hadapan TV seperti dalam filem melayu.



Jika suami anda adalah anak emas, anda akan berpeluang menikmati sedikit kebahagiaan. Jika suami anda mudah dapat duit dari ibunya walaupun dia tidak bekerja, anda juga dikira bernasib baik. Jika anda mengandung dan bersalin, ibu mertua anda dengan senang dan bersedia untuk membantu. Suami anda tidak perlu membeli barang barang dapur dan segala perbelanjaan seperti minyak motor dan kereta serta duit rokok mendapat sumbangan dari ibubapanya. 

Jika anda kelihatan sedikit berkempuan manakala suami anda adalah anak perak atau gangsa, nasib anda akan lebih mencabar lagi. Jika anda menjadi bendahari memegang duit suami anda, anda akan dipersoalkan. Makan minum suami anda , pakaian suami anda, kesibukan suami anda adalah persoalan ibu mertua anda. Dalam tidak sedar anda tidak tahu bahawa kelebihan anda menjadi saingan kepada ibu mertua. Ingatlah bahawa orang yang lebih tua tidak suka disaingi. " anak aku, aku lebih tahu tentangnya" itulah kata kata yang akan anda dengar.

Anda perlu tahu, di dalam rumah itu bukan hanya ada persaingan anak emas dan perak tetapi juga akan ada persaingan cucu. Jangan berkecil hati jika anak anda yang selama ini ditatang telah tidak diperdulikan. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan jangan terlalu lama bermain main di rumah ibu mertua....... get out !!!



Ustaz ustaz di dalam TV belum tentu boleh menasihatkan penonton, buku buku panduan untuk keluarga bahagia belum tentu jadi ikutan. Sedangkan dengan tuhan manusia sanggup durhaka inikan pula dengan aturan dan ajakan manusia..........

Beruntunglah kerana mempunyai ibu mertua yang baik dan beruntunglah jika dapat menjadi ibu mertua yang baik. Belajarlah dari pengalaman........

4 comments:

Queenie said...

"Ustaz ustaz di dalam TV belum tentu boleh menasihatkan penonton, buku buku panduan untuk keluarga bahagia belum tentu jadi ikutan. Sedangkan dengan tuhan manusia sanggup durhaka inikan pula dengan aturan dan ajakan manusia.........."
- setuju 200%.

kebanyakan mereka pada hari ini tidak lebih dari burung kakak tua yg bijak bercakap tapi tak faham makna sebenar apa yg dikatakannya. Jika perkataan mereka membawa bantuan, maka sekurang2nya ada sikit kekangan segala permasalahan bukannya kian hari kian bertambah sedangkan masalah yg ada tak kunjung surutnya.

tiada keberkatan sebenarnya.

ada ibu mertua yg berpirinsip begini:

1. segala harta aku akan turun kepada anak perempuan aku.

2. segala pendapat anak lelaki aku wajib turun kepada aku kerana aku ibunya.

3. isteri berapa ramai boleh dicari tapi ibu cuma satu

4. setiap wanita yang dibawa balik sebagai menantu umpama babu.

ini kisah benar lalu terjadilah apa yang sedang terjadi...

Panglima Muda said...

ya...tentu ada banyak cerita menarik yang pernah dilalui oleh kekawan blogger

Ayah Zain said...

Jagalah mertua kita seperti ibu bapa kita juga utk mengelakan kejadian durhaka kpd mertua

Panglima Muda said...

nasib masing masinglah...