Followers

Wednesday, July 17, 2013

Kemaluan Yang Besar

Salam,

Seorang pakcik tua pm jumpa kelmarin dan memaklumkan bahawa beliau tidak boleh puasa dengan alasan bahagian ususnya telah dibedah semenjak tahun 1998. Atas sebab itu pakcik tu tidak boleh lapar dan sentisa kena ada makanan. Terlanjur itu juga pm pun ada "cakap" bahawa pm ada mengalami luka dalam perut sebanyak tiga tempat tapi pm puasa jugak.



Bukan sahaja pakcik itu tapi juga ada beberapa orang yang lain yang sama sama sedap mentekedarah di kantin semalam. Pihak majikan buat don't know saja sebab majikan non muslim , manakala orang orang islam yang lain turut menjadi batu menenguk. Tukang masak cina cakap " saya tak mahu campur , itu urusan lu orang sama lu orang punya tuhan"

Begitulah jika undang undang tidak dikuatkuasakan, bila soal agama dipandang rengan oleh masyarakat dan tidak ada orang yang berani tegur menegur. Tapi soal nak balik awal 4.30 petang dengan sebab nak berbuka, boleh pulak diketengahkan. Jika tidak boleh puasa carilah tempat berlindung untuk makan, hormatlah sedikit orang yang berpuasa. Tapi mereka memang tidak tahu malu menunjukkan kemaluan di khalayak ramai. Bagi tukang melayu pulak sama sama dapat dosa share sebab memberi makan orang Islam di siang hari. 



Sungguh benarlah kubur masing masing tapi siapa nak tolong untuk masukkan ke kubur nanti ? Ah chong. Ah Meng, Murugan......? Yang nak tolong masukkan ke kubur adalah orang orang Islam, yang akan mendoakan juga adalah orang Islam dan bukan dengan hanya mengetuk tempurung boleh menghapuskan dosa. 



Jika yang buat perangai adalah orang muda , budak budak bolehlah dikatakan kurang akal, tapi  yang buat perangai ini adalah orang tua yang dah senja.............

5 comments:

Amin A. R said...

Betul2 tak malu tu... Hishhh

anyss said...

Assalamualaikum,
Orang yang betul2 tak boleh puasa biasanyaa sangat rindu nak puasa. malah sanggup puasa separuh hari mcm budak2 tu. Tapi, kalau dah tak mau puasa, macam2 alasan ada

Kawan saya telah dipotong tali perutnya, jadi dia kena makan dengan kerap. kalau puasa juga mmg masuk spital, tapi...tetap juga puasa sebab rindukan ibadah puasa.

azieazah said...

Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian...

Panglima Muda said...

Saya memilih tajuk yang tak senonoh untuk cerita ini

Samsiah Abd Shukor said...

tajuk okay saja, baru orang klik baca