Wednesday, February 22, 2012

Aduh Malasnya

Salam......pm ingin menyambung sedikit tentang cerita " MAMPU" atau juga disebut tentang kemampuan anda. Ini bukanlah soal berpologami tapi kemampuan melalui tahap beramal itu. Dulu seringkali pm dan juga pembaca pembaca lain berminat untuk membaca buku hasil penulisan Tamar Jalis dalam siri bercakap dengan jin. Diantara kata katanya yang tertulis kalaulah pm tak silap " datok membaca ayat alqursi sebanyak 313 kali" Ianya berlaku pada ketika datok itu sedang menghadapi situasi tertentu. Mungkin dalam buku buku lain juga menceritakan tentang amalan membaca ayat qursi sebanyak 313 kali. Di dalam hal ini apa salahnya anda mencuba ......

Mudah bunyinya tapi semudah itukah membacanya ? Dapatkah anda bertahan dalam pembacaan itu ? Mencuba tentu tidak salah, ambil wudu' dan duduk seterusnya membaca. Tidak ada hantu yang bertenggek menyengih disana melainkan anda akan merasa boring atau terburu buru menghabiskannnya. Adakah anda akan bersabar...masanya kurang lebih 1 jam................................

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kalau dah terpaksa rasanya boleh kalau setakat satu jam... cuma mengantuk atau ujian lain itu pasti ada.

perjalanan pulang said...

1 jam tu, macam macam rasa ada, kalau jadi 2-3 jam macam mana. Saya selalu menganggap ini adalah satu kerja yang perlu diselesaikan dan saya rasa kesukarannya. Jadi kepada sesiapa yang berhajat sebaiknya uruslah sendiri dan jangan minta orang lain tolong buatkan. Sebabtulah selalu kena tipu dan kena charge..."upah"

maszull said...

assalamualaikum PM...betul tu kalau tahan teruskanlah membacanya byk pahalanya...:)

Anonymous said...

alahamdulilah...syukur

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...