Tuesday, February 21, 2012

Di Sebalik Tabir

Salam......................

Ada orang berkata bahawa di dalam ibadah,  pisahkan antara kebatinan dan ketuhanan. Tentu sukar difahamkan melainkan mereka mempunyai perjalanan tersendiri. Bagi penulis, ibadah itu tidaklah patut dicampurkan  dengan soal kebatinan kerana soal amalan kebatinan kekadang boleh merosakkan ibadah. Mungkin ada orang berkata soal ibadah dan ketuhanan adalah satu perkara tetapi amalan kebatinan yang mana satu pula.

Dalam soal menghadapi masalah, perselisihan, gangguan, kesakitan ,sang guru ada berkata " adakah kamu MAMPU menghadapinya jika kamu mencampuri hal itu?” Disini penulis selalu melihat betapa ramainya mereka yang tidak mampu menonjolkan diri sebagai orang mampu dan akhirnya menyalahkan keadaan kerana kegagalan mereka sendiri. Di dalam satu sesi perubatan yang pernah penulis lihat si pengamal perubatan mengenakan syarat syarat tertentu, bacaan bacaan tertentu dan akhirnya bila perubatan itu tidak menjadi, si pengamal perubatan itu pula menyalahkan pesakit lantaran kerana pesakit tertinggal salah satu syarat atau sebarang ayat. Akhirnya dia berlepas diri dari masalah itu dan tidak mengambil sedikit tanggung jawabpun. Kekadang kadang si pesakit berulang ulang datang 2-3 kali dan dikenakan bayaran tertentu tidak termasuk membeli air mineral di rumah pengamal perubatan itu. Juga kita lihat air zamzam menjadi pilihan utama dengan harga tertentu padahal bumi Allah ini luas, tidak termasuk air yassin, air yang dibacakan ayat suci oleh 40 ulamak, air yang dilarutkan dengan dakwat dan kemudian dicampur air mawar. Kenyataan disitu hanyalah semata mata soal air yang mempunyai sifat yang sama.
                                                                                                    
Kaedah yang mengarut ini berada dimana mana yang dipercayai oleh semua golongan, berlandaskan kesabaran,disendikan dengan kata "insyallah" dan mereka meraih keuntungan di celah celah kebodohan kita. Penulis ada terdengar beberapa tahun yang lalu, bila mana tempat kerja penulis dikatakan menghadapi gangguan, lantas itu ada pihak telah menjemput sekumpulan manusia dari Bangi bagai membaca yassin untuk menghalau makhluk halus penghuni jahat. Mereka datang, bukan sahaja diberi makan tetapi juga wang RM 300/- Mereka pulang dengan meninggalkan berbotol botol air yassin dan memberi aturan supaya air yassin itu ditaburkan atau direnjis pada tempat tempat tertentu diwaktu azan maghrib. Sungguh mudah kerja mereka menghalau penghuni tanah haram itu sepertinya menghalau ayam,sedangkan penghuni itu telah duduk disana bertahun tahun, beranak pinak. Inilah istilah memindahkankan, mampukah mereka ? Mampukah mereka membuat kerja itu dengan air lior sahaja dan penghuni itu akan terkencing terberak dan terus pindah merempat kemana mana?

Penulis bukanlah mempunyai kepakaran dalam soal ini tetapi kewujudan kepakaran moden ini terkadang kadang menjijikan merosaklan nama si pengamal perubatan sebenar dan akhirnya menjadi temberang yang besar. Seorang ustaz yang penulis kenali, terkenal dengan soal jin dan menjalankan perubatan islam. Sememangnya dia pandai dan mengunakan baris baris doa dan ayat alquran tetapi orang ramai tidak tahu apakah yang terlindung di sebalik itu. Sebenarnya ibu ustaz itu pernah dsuatu ketika dahulu dipinang oleh orang bunian (jenis jin) Pinangan itu telah ditolak oleh bapanya. Sepanjang kehidupan ibunya dapat dilihat beliau melakukan perubatan lantaran didampingi oleh makhluk halus itu. Maka tidak hairanlah jika ustaz itu memiliki sesuatu yang hebat dan tidak sepertinya orang lain yang berpeluh peluh bersusah payah belajar. Melakukan perubatan dengan menggunapakai golongan jin lebih mudah dan berjaya berbanding dengan mereka yang menentang kejahatan dengan ilmu akidah atau dengan tingkatan amalan yang tinggi.

Berbalik kepada perkataan MAMPU akan membuat kita merenung semula diri kita, melihat sedalamnya siapakah kita di dalam soal ini seperti kata orang " jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai"  Tiap tiap penyakit tentu ada ubatnya dan tiap tiap ubat tentu ada formulanya, ia juga ada kesenianya ada sejarahnya. Sejarah akan menceritakan kekuatan dan kelemahan atau juga sumpahan kerana tiap tiap perkara Allah jadikan itu bersebab. Malaikat izrail mengambil nyawa manusia juga bersebab,carilah sebabnya.............

Di dalam buku khusus ambiak bercerita tentang kisah Nabi Allah Ya'kub bertanya kepada harimau adakah dia memakan anaknya iaitu  Nabi Allah Yusof dan dikala itu harimau berkata " tiada sekali kali aku makan anakmu yusof,betapa aku seekor harimau yang datang dari tanah mesir hendak mengunjungi keluargaku, tiba tiba ditangkap oleh anak anakmu , tidaklah aku memakan daging nabi nabi"  Cerita ini mengisahkan betapa harimau itu juga mengasihi keluarganya dan menjadi peraturannya tidak memakan daging para para nabi Allah.....................Bagaimana pula kisah nabi Allah Ibrahim dengan harimau dimana harimau meminta tempuh 7 hari untuk menahan lapar jika bertemu manusia? Wallahualam......................




# Buku ini adakah lagi dalam pasaran atau ditulis dalam bentuk rumi................. Adakah lagi orang akan mempercayai cerita cerita sebegini ?

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Bukan mudah untuk menjadi manusia yg benar-benar 'mampu'....

Kalau ada peluang dapat buku itu pasti kakak simpan dan jaga rapi. Kisah para anbia' yg ditulis jawi, ejaan pun masih cara lama lagi baguslah...

maszull said...

assalamualaikum PM...masih ada lg yg suka mempercayai cerita2 beginikan wallahualam...:)

mamaijat said...

.....saya pernah berjumpa dengan pengamal di Darul syifa... membacakan saya ayat2 syifa tetapi tersekat dan seakan2 sesat bacaannya...
berulang2kali.....
Sedangkan yang biasa dengan bacaan syifa boleh disesatkan..apa lagi kita yang cetek ilmu ini....
huh....seram lah PM.....

perjalanan pulang said...

orang perempuan kena berjaga jaga kerana mudah mendapat pengaruh dari kekawan. siapa yang tidak mahu cepat mendapat benda yang dihajat. kekadang tertipu kita oleh pakaian dan watak seseorang tapi tak berkesan apa apa pun

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...