Tiap kali menjelang bulan puasa tentu banyak kenangannya. Ada yang seronok dan ada yang menyedihkan. Setakat permulaan ini masjid penuhlah....
Waktu petang sehari sebelum ramadhan emak suruh anak anaknya mandi dan memakai baju melayu. Waktu itu tiap tiap malam pakai baju melayu dan baju melayu itu tidak perlu digosok kerana kainnya bukan jenis berkedut. Selesai solat dan makan malam, emak sibuk mengajar anak anaknya niat puasa. Tiap tiap tahun sampai ke tua begini emak selalu tanya anak anak " korang dah niat ke belum ?" Niat puasa kenalah baca kuat kuat bagi dia dengar dan puas hati.
Bila sudah bekerja dan tinggal jauh dari ibubapa, soal mengajar niat ini seperti tradisi pulak. Talipon akan berdering bertanya, almaklumlah sememangnya lupa. Ada seorang tua pm jumpa sedang makan di bulan puasa. Bila ditanya kenapa tak puasa, dia jawab " semalam terlupa niat". Dah tua tua pun masih bengong jugak macam budak budak.
Berbagai alasan tak puasa kita dengar termasuklah tak mandi junub pagi tadi. Kalau tak mandi junub, tentu tak sembahyang subuhlah pagi tadi.....Kalau tak sembahyang, macam mana pulak rupa puasa sepanjang hari itu. Apa yang kita tahu, petang nanti ada pesta makan dari rumah sampailah ke masjid. Malam ini ramai orang termasuk teruna dara pergi ke masjid. Bukan main seronok solat tarawih ramai ramai tapi sembahyang wajib tinggal buta begitu sahaja.....Balik sembahyang terawih boleh keluar dating sekali....
Bagaimana suasana puasa esok.....hanya allah yang tahu.....
2 comments:
ayah yang selalu niatkan. dah jauh ni..... pak imam yang niatkan. :D
ha ha ha ha
Post a Comment