Puasa di hari pertama menemukan pm kepada seorang lelaki dari Bali yang baru pulang dari umrah. Kumpulan mereka menjadikan Malaysia sebagai tempat persinggahan sebelum pulang ke Indonesia. Beliau juga pernah pm temui semasa singgah sementara di Malaysia sebelum berangkat ke Mekah tempuh hari.
gambar hiasan
Semalam pm jumpa lelaki ini dalam kebingungan di lobby hotel. Dengan keadaan hampir menitiskan air mata beliau menceritakan betapa sedihnya hatinya melihat isterinya melabaikan tangan dari bas yang bakal menuju ke lapangan terbang. Dia dan anaknya yang berumur 5 tahun terpaksa bertahan di Malaysia bagi pengurusan gantian passpot yang hilang. Cerita kehilangan passport ada cerita biasa tetapi cerita tentang pihak pengurusan umrah tidak mahu bertanggung jawab adalah luar biasa. Syarikat tour itu hanya memikirkan wang semata mata dan tidak mahu membantu sebalik membiarkan mangsa ini terpinga pinga. Dia bernasib baik kerana ada duit namun duit bukanlah segala galanya.
Beliau telah menghubungi sepupunya yang berada di Malaysia dan menurut katanya, supupunya akan datang membantu jam 3.00 petang. Pm telah memberi cadangan supaya beliau jangan menunggu kerana lapuran polis perlu dibuat dan kemudian berurusan di kedutaan Indonesia. Seperti biasa orang seperti ini tidak tahu arah tuju di dalam bandar Kuala Lumpur.
Memikirkan keadaan beliau yang serba tak kena, pm telah menyuruh budak budak pm menghantarnya ke Balai Polis Pelancong dan kemudian pula ke Kedutaan Indonesia. Urusan di sana sangat lambat kerana perlu beratur panjang. Si bapa tidak ada masalah tetapi si anak mendapat masalah dimana passport sementara tidak dapat dikeluarkan kerana anaknya tidak mempunyai dokumen pengesahan. Salinan atau photo copy dokumen perlu dihantar dengan fax dari indonesia. Keadaan menyebabkan beliau kembali ke hotel menemui pm....... Ternyata juga sepupunya lansung tidak kelihatan.....memang bangsat...!!!!!!!
Dalam perbualan kami beliau ada menyebut bahawa apa yang terjadi pada hari ini adalah hadiah dari Allah yang penuh hikmah. Pagi tadi dia di tinggalkan oleh semua jemaah, bas yang membawa jemaah itu pula tidak sampai ke lapangan terbang mengikut jadual mengakibatkan pesawat terlepas. Sehingga ke malam tadi isterinya tidur di klia menunggu waktu pulang...Dia berkata bahawa kita tidak boleh terlalu meminta atau berharap kepada orang dan hikmat seperti ini menjadi pengajaran kepadanya.....
Petang semalam setelah mendapat salinan dokumen anaknya, beliau telah dibawa oleh budak budak pm untuk check in di hotel lain yang jauh lebih murah...
Pengajaran disini memberi erti tentang kekayaan kuasa Allah, manusia dibantunya walaupun berada dimana mana sekalipun. Yang pentingnya kita yakin dan berserah........
Pada hari ini tidak ketahuan nasibnya..... hanya Allah yang tahu....
5 comments:
Selamat menunaikan ibadah puasa PM...
kita akan sering kecewa kalau berharap kepada sesama manusia, tapi mengharap pertolonganNYA insyaAllah.. kalau pertolongan tu tak terlihat dimata pun setidak2nya hati kita akan tenang sentiasa....
moga PM sehat walafiat ya sepanjang Ramadhan ini...
Assalamualaikum PM
selamat berpuasa
moga Allah melipatgandakan pertolongan PM tu
serta dipermudahkan lelaki dan keluarga dari Bali itu
salam... saya rasa dia mendapat kemudahan, dia tidak datang menemui saya dan saya percaya dia akan pulang malam ini, cuma yang terkilan saya tidak ambil alamatnya..
Iktibar buat kita dari cerita ini...
Disebalik kesulitan dan tipudaya manusia , Allah hantar pettolongan melalui anak2 buah pm...
Kesian baca cerita dia....
Turut simpati baca kisah ni yang sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja.. MOga dua beranak tersebut selamat sampai di kampung halaman.
Post a Comment