Tuesday, July 30, 2013

Melawan Arus Di Persimpangan

Salam,

Hari hari tenguk TV waktu sahur. TV tu asyik ulang cakap ustaz tu sahaja. Biasanya juga pasal anak mendurhaka dan yang paling suka orang perempuan tenguk adalah pasal nikah kahwin. Semua perkara tembak suamilah. Suami tak adil, suami dayus, tidak memberi makanan halal kepada anak isteri dan yang lebih lebihnya adalah suami yang tidak pandai melayan isteri. Tidak berani aku komen sebab ustaz tu cakap ikut buku. Baru baru ni dia ada cakap " dah tua tua nak bercinta lagi ke, tak usahlah.... jagalah bini yang ada tu... Suka sangat orang perempuan dengar, apatah lagi tentang komen komen laki ni. Kalaulah begitu gamaknya, payah benoooooo agama Islam ni ya. . 



Sebelum ni ada jugak ustaz sebut pasal poligami. Banyak orang suka ustaz ni sebab dia kata kalau nak kahwin boleh tapi kenalah adil. Nak bagi bini main ribu ribu juga. Last last dia senyap je.....tau tau dia bernikah lagi dengan sorang anak dara yang baik punya. Dah lama tak tenguk mukanya dalam TV.

Bercakap pasal benda ini banyaklah orang marah. Marah kerana orang lelaki gatal sangat bagaikan tidak cukup cukup. Mungkin kita kena ikut macam negeri China, semuanya kena jadi SIDA.... Ha ha ha ha...


Waktu dulu dulu juga ada guru guru agama datang ke kampung berdakwah dan mengajar. Ada pakcik pakcik tu offer pulak anak dara dia. Jadi tok guru ni nak tolak ke ? Tentulah pakcik pakcik ni suka sebab tok guru ini dipercayai berlaku adil kepada isteri..... Ha ha ha ha...Korang yang lain tidak boleh dipercayai.

Sebenarnya manusia sedang berperang dengan lumrah alam. Air dari bukit turun ke bawah dan kemudian hendak pula dialirkan cara songsang. Lelaki nak jadi perempuan , manakala perempuan nak jadi lelaki. Benda benda terbalik dan tidak mengikut peraturan ini menyebabkan kebinasaan yang teruk. Andainya perempuan ada kejadian seperti lelaki bagaimana pula caranya ya ? Sebenarnya korang terlupa bahawa korang sedang mempertikaikan keadilan tuhan atau datangnya buruk sangka. Wallahualam

5 comments:

Samsiah Abd Shukor said...

saya tengah tadah air bukit yg turun ke bawah.. sambil bayangkan apa akan jadi kalau air hujan turun dari tanah?

chengmai said...

apa nak di kata bab bab laki nak kawin dua bini mana yg suka walau pun memang laki dia boleh kawin empat.kalau laki nak kawin lagi biarkan bila dia rasa betapa susah nya berbini dua dia akan balik jugak ka bini tua.buat apa bini nak pening2 kepala kalau dia nak kawin lagi kita control macam mana pun dia kawin jugak biar kan la.

ANIM said...

tak kena kat batang hidung sendiri, takleh nak komen pasal poligami tapi kalau hukum kata boleh, apasal pulak nak dibantah.

perjalanan pulang said...

nampaknya ada pulak yang mengalah

chengmai said...

bukan mengalah pak din tapi memang islam membenarkan lelaki berkawin empat cuma perempuan yg tak boleh terima

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...