Sunday, September 19, 2010

Aku Di Syawal Ini

"Ya Allah, dengan hak La ila ha illallah dan kemuliaannya, hak kursi dan keluasannya, hak 'Arsy dan keagungannya, hak kalam dan berjalannya, hak Lauh Mahfudh dan penjaga-penjaganya, hak Timbangan (Mizan) dan dua matanya, hak Shirat dan kelembutannya, dengan hak Jibril dan kejujurannya, hak Mikail dan belas kasihnya, hak Israfil dan terompetnya, hak Izrail dan terpilihnya, hak Ridlwan dan surganya, hak Malik dan nerakanya, hak Adam dan terpilihnya, hak Ibrahim dan terpilihnya sebagai khalilullah, hak Ishak dan keagamaannya, hak Isma'il dan disembelihnya, hak Ya'kub dan kedukaannya, hak Yusuf dan terasingnya, hak Musa dan ayat-ayatnya, hak Harun dan kehormatannya, hak Hud dan kewibawaannya, hak Shaleh dan untanya, hak Luth dan pemikirannya, hak Yunus dan ajakannya, hak Danial dan kerahmatnya, hak Zakariya dan kesuciannya, hak Isa dan kejiwaannya dan dengan hak Muhammad yang terpilih menjadi kekasihNya dan dengan syafa'at 'Udhmanya SAW.

Ya Allah, Yang Hidup, tidak ada Tuhan yang lain kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, bahwasanya aku termasuk orang-orang yang menganiaya diri, (Firman Allah); Lalu kami mengabulkannya dan menyelamatkannya dari kesusahan, demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman. Tidak ada Tuhan yang lain kecuali Allah, kepadaNya aku bertawakkal, Dia pengurus 'Arsy yang Agung. Allah-lah yang mencukupi aku, sebaik-baik Pelindung, Pengurus dan Penolong. Tidak ada daya kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Agung."

Begitulah doaku disebalik kedukaanku yang merintihkan suara mencari -cari ketenangan lantaran kehadiran fitnah dunia. Begitulah juga hidupku sepertinya pelaut dengan sampan kecil dihempas badai berjuang untuk hidup yang tekadang kadang tewas kerna kejahilan. Akulah seorang pencarian dalam perjalanan nan jauh, menerokai hutan belantara, gunung ganang mencari kasihmu Ya Allah sedangkan tangan ini masih berlumuran dosa dan noda. Akulah seorang tua yang sering terlupa lantaran lazatnya dunia sehingga hilangnya rasa kasih sayang dan cinta. Akulah ingin pulang menuruti jejak mereka mereka yang dahulu, datok, nenek , ibu dan ayah sepertinya senja menanti malam.............................................................salam


                         Nota : Waktu senja di Gurun Kedah 14hb September 2010



" Jangan lupa puasa 6 hari di syawal ini saudaraku......................

Friday, September 17, 2010

Bangsa Biadap

Pagi ini hatiku membara
darah pekat naik ke kepala
jantung bagai nak pecah rasanya
mau kucabut nyawanya juga

Ketikanya bangsaku diinjik injak
dicincang dibakar hangus tiada yang bertindak
membiarkan maruah dicabar tanpa kehendak
dan soal politik pun dihentak hentak.

Salahnya juga bangsa kita
yang punya raja pemerentah negara
menghadiahkan keris dan tanjak kepadanya
membiarkan berpijak dibumi nyata

Salahnya juga kepada kita
tidak mengajar budi bahasa
cara hormat orang tua
cara hidup mengenang jasa

Entah kemana mahu dihadap
Entah dimana lagi yang sedap
tiada budi mahu diserap
kerana mereka bangsa biadap

Wednesday, September 15, 2010

Pergi Balik Kampung

Salam,

Aidilfitri sudah berapa hari berlalu. Anak anak kota mulai beransur ansur pulang dan kembali bekerja. Ada juga diantara mereka yang masih beraya sakan dikampung halaman dan melupakan juga tugasan di pejabat yang semakin hari menimbunkan kertas.

Aku pula baru sahaja sampai ke KL pagi kelmarin pukul 2.00 pagi. Aku bertolak dari Gurun pukul 5.00 petang. Perjalanan agak lembab kerana terdapatnya kereta sakit tenat ditepi jalan termasuk juga kemalangan kemalangan jalan raya. Cuma hati aku merintih kerana banyaknya lori lori panjang dan besar besar disepanjang jalan. Apatah lagi melihat mereka merangkak rangkak nai ke  bukit berapit dan gua tempurung. Kalau dahulu aku dengar kerajaan tidak benarkan kenderaan berat berjalan dimusim perayaan ini selama seminggu. Kali ini berlainan pulak. Bagaimana nak laju, ikut sahajalah punggung lori. Kalau berani potonglah lori sederet tu



Kepada yang masih belum pulang hati hati di jalan raya

Wednesday, September 8, 2010

Raya oh raya

Saat lebaran hampir tiba, keriangan anak anak kedengaran ditelinga. Disana sini bagaikan pesta orang ramai membeli keperluan hari raya. Para para isteri sibuk membuat kueh raya, anak anak turut membantu makan kalau tak puasa. Para para bapak begitu juga, tahun ini pakai songkok tinggi lebih dari tujuh inci bersama dengan baju melayu Johor, tentu hebatnya.

Tapi yang sedih tetaplah sedih. Sedihnya kerana hidup sederhana. Kalau miskin tentu dapat banyak bantuan, kalau kaya tentu dapat beraya habis habisan tetapi kalau sederhana , apa benda pun tak dapat, semua yang ada nampaknya cukup cukup aja. Pakailah baju tahun lepas itupun baju yang belum kena ambil gambar oleh kamera. Anak anak kalau dapat sepasang sorang pun dah ok juga.Isteri kalau dapat berganti yang dalam dalam pun dah kira syukur. Kita jadi bapak ni tak dapat ganti apa apapun tak mengapalah.Yang pentingnya kereta boleh berjlan, duit minyak, duit tol dan duit "ampau" adalah sikit sikit.

Raya cuma sehari, selepas balik dari solat hari raya, kita pergi singgahlah kemana mana, lepas tu datang semula kemasjid untuk solat Jumaat pula. Hari itu 2 solat 2 khutbah. Pukul 2.30 baru lega, tapi bila hujan turun lebat , kita duduk ajalah dirumah, makan ketupat, makan lemang dan tidur.

Apalah yang ada pada hari raya sekarang, apalah seronoknya bila manisnya sudah tiada. Mungkin raya tu untuk anak anak dan bukan untuk orang tua. Makcik makcik di kampung dapatlah kain sehelai

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalammualaikum kepada semua kawan kawan.

Kesempatan disini saya ambil untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Adilfitri kepada semua penulis blog dan juga kepada kenalan kenalan FB saya. Tahun ini adalah tahun pertama saya menjadi salah seorang penulis blog yang menulis mengikut gerak hati. Saya ingin meminta maaf jika sekiranya hasil tulisan saya itu tidak menunjukkan kematangan ataupun telah menyinggung perasaan pihak tertentu. Insyaallah saya akan belajar memperbaiki mana mana yang kurang. Kepada mereka yang telah saya lawati laman blognya, janganlah lupa bertandang ke blog saya. Kehadiran kawan kawan dengan komen komennya tidaklah membiarkan blog saya kesunyian. Amin

Saturday, September 4, 2010

SESAT DI MASJID INDIA

Semalam Dewi dan Acik meredah Jalan TAR menuju ke Masjid India. Banyak kelihatan baju kain yang cantik cantik tetapi harganya juga tinggi tinggi menunjukan kepada kita bahawa keadaan ekonomi bukannya pulih. Bayangkan juga zakat fitrah pula sudah mencapai RM 7.00. Tahun depan mungkin boleh mencapai RM 10.00, siapa tahu.

Dewi kelihatan tersenyum. " Disana kita pakai baju gamis  pak" katanya. " Berapa harganya" aku bertanya. "Sekitar RM 20-30 " katanya. Acik membelek belek kain cantik itu penuh keinginan. Ternyata harganya RM 150.00. " Kalau begitu kalo kamu pulang. tolong bawakan 2-3 helai ke Malaysia" kataku. Kalau RM 150.00 X 3 helai, dah berapa untung.

Baju kain di Masjid India bukan kambing dan lembu yang pakai. Waktu ini kulit katak pun laku dijual walaupun yang tukang beli itu tak tahu apa nak guna. Manusia akan membazir ketika perayaan ini, mereka akan beraya cukup cukup dan bersedekah juga cukup cukup. Orang di Malaysia memang mewah, orang orang Indonesia pun tumpang mewah. Lihat sahaja di kawsan pasar pasar dan bazar tentu sekali 80% semua orang dia. 20% orang kita yang sesat datang tapi kena belit juga dengan mereka. Taukeh memang orang kita tapi makan atas angin, malas nak berniaga sendiri.

Nak salahkan siapa ? Jangan marah pabila bendera dipijak pijak kerana kita sendiri tak tahu nak buat apa dengan bendera itu. Anak anak trainee tidak banyak masalah di Malaysia kerana  setiap kedai dikunjungi bukan lagi milik orang Malaysia. Bahkan kedai kedai sembelihan ayam juga, mereka juga jadi taukehnya. Soal halal tak halal tak usah tanya .



Tanya Dewi....

Thursday, September 2, 2010

Sampai Bilakah Nak Berubah

Pagi ini macam biasa aku meredah jem di Jalan Ipoh sehingga Chow Kit Road. Sampai sahaja di pejabat, seorang anak buahku bersuara. " Bos, ada van halang jalan, semenjak pagi tadi" katanya. " Habistu macam mana" soalku kepadanya. " Kereta kereta yang keluar dari parking kena naik balik ke tingkat atas, turun ikut jalan masuk, kereta tak boleh lalu lansung kat lorong keluartu" katanya. " Habistu kau tak talipon DBKL" soalku lagi. " Dah, tapi tak ada orang angkat pun" jawabnya kepadaku.

Jam menunjukan pukul 9.00 pagi. Masalah ini kalau dibiarkan akan semakin teruk. Tau sahajalah lorong lorong dalam Chow Kit ni Pemandu Van tu pulak ada otak tapi letak di lutut. Ada ke Van diletak tengah jalan tepi tong sampah. Aku pun berikhtiarlah menalipon kekawanku yang ada paku paku atas bahu unit trafik DBKL. Sementara itu aku pun suruh budak budak mengalih tong sampah memberi ruang bagi kereta lalu.

Betul betul hampeh, sampai pukul 11, sekor pun tak nampak datang. Aku pun talipon lagi salah seoarang dari mereka, dia jawab sekarang ada operasi di masjid India, kalau senang dia akan datang. Macam tu ke layan kawan ? Talipon kawan yang baju biru pun sibuk gak hari ini, jadikan aku buntu sekejap.

Pukul 12.30, aku buka portal DBKL dan talipon ke Unit tarik kereta di Jinjang. Seorang perempuan yang tidak memperkenalkan nama menjawab panggilan aku. Akupun minta simpatinya darinya. " Encik , lori kami tak masuk lorong lorong , kami cuma tarik di jalan besar aje" katanya." Habis macam mana, kami dah tolak tong sampah ke tepi" kataku kepadanya. "Kadang kadang kami datang, tuan punya van datang, lagi pun dia perniaga pasar malam" katanya lagi.

Aku fikir dia puasa, mungkin letih nak buat kerja. " Habis tu nak biar begitu sahaja" kataku . Dia kemudiannya beralah dan meminta nombor van itu untuk tindakannya. Jam 1.15 , datanglah lori DBKL menarik van tersebut, manakala pemandu van entah dimana. Mungkin DBKL tak mahu tarik van perniaga perniaga pasar malam yang punya taring di Chow Kit, mungkin juga letih di bulan puasa atau sebenarnya kawan kawan aku itu bukan kawan. Apa yang tahu bila kita perlu sesuatu , maka jadilah tolak menolak... Sampai bilalah nak berubah

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...