Aidilfitri sudah berapa hari berlalu. Anak anak kota mulai beransur ansur pulang dan kembali bekerja. Ada juga diantara mereka yang masih beraya sakan dikampung halaman dan melupakan juga tugasan di pejabat yang semakin hari menimbunkan kertas.
Aku pula baru sahaja sampai ke KL pagi kelmarin pukul 2.00 pagi. Aku bertolak dari Gurun pukul 5.00 petang. Perjalanan agak lembab kerana terdapatnya kereta sakit tenat ditepi jalan termasuk juga kemalangan kemalangan jalan raya. Cuma hati aku merintih kerana banyaknya lori lori panjang dan besar besar disepanjang jalan. Apatah lagi melihat mereka merangkak rangkak nai ke bukit berapit dan gua tempurung. Kalau dahulu aku dengar kerajaan tidak benarkan kenderaan berat berjalan dimusim perayaan ini selama seminggu. Kali ini berlainan pulak. Bagaimana nak laju, ikut sahajalah punggung lori. Kalau berani potonglah lori sederet tu
Kepada yang masih belum pulang hati hati di jalan raya
3 comments:
salam,
Saya balik hari ni ke K.L lepas asar..
Pakdin > kalau semua orang berhati2 di jalan raya saya pasti semua orang akan sampai dengan selamat, tetapi terdapat segelintir yang memandu bagaikan orang gila, disamping itu sewaktu memandu badan kena sentiasa fresh
masih belum terlambat utk mengucapkan salam lebaran...
Post a Comment